Artikel Pilihan

MERCEDES KLASIK W123. SUPER WAGON AMG DENGAN ENJIN 5.0 LITER V8!

Ini adalah satu contoh dalam lipatan sejarah automotif penting bagi satu jenama yang disegani – AMG. Ia dihasilkan ketika firma automotif ini masih dalam skala kecil pada tahun 1979.

Mercedes 500 TE ini “menyimpan” enjin V8 5.0 liter dan dikatakan hanya satu sahaja daripada lima buah kenderaan seumpamanya yang tinggal.

BACA: RAKSAKSA C63 AMG!

Tiada maklumat lanjut yang diperolehi daripada apa yang disebut kehebatan kejuruteraan automotif ketika itu. Ada desas-desus memberitahu bahawa terdapat dua buah projek serupa dibuat pada DUA model 123 wagon, dua buah pada model sedan dan sebuah model coupe.

Ini pula satu contoh dimiliki oleh seorang peminat AMG tulin di California, Amerika. Henric Nieminem menemui kereta ini pada 2013 dan menurut beliau, pemilik sebelumnya juga tidak mengetahui langsung sejarah kereta ini.

Kereta ini didatangkan dengan enjin M117 5.0 LIter V8 dengan teknologi termaju ketika itu. Ia ada downpipe, penyejuk minyak sekunder, cagak enjin buatan khas yang direka untuk memuatkan enjin lapan selinder ini.

Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan suspensi belakang aluminium tempa, skid plate, kit badan penuh AMG, kerusi Recaro bersalut kulit cerah yang sedondon dengan hiasan dalaman seperti papan pemuka, vinyl dan juga panel pintu.

BACA: FAKTA PENJAGAAN A45 AMG

Ini member kesimpulan bahawa kereta ini memang dibina oleh AMG. Namun begitu, tiada dokumen lain yang menyokongnya. Proses restorasi telah dibuat oleh Nieminem pada 2013 malah ia juga pernah disiarkan dalam rancangan Top Gear versi Amerika sempena sambutan ulangtahun ke-50 AMG.

Pada 2017, kereta ini telah dijual pada seorang pembeli di Switzerland yang kini berada dalam koleksi khusus pemilik barunya. Terbaru, ia akan dilelong oleh RM Sotheby pada acara Techno-Classica Essen 2019 di Jerman pada 11 April nanti.

Kereta ini dijangka akan dijual pada sekitar 60,000 hingga 70,000 Euro iaitu sekitar RM278K – RM325K.

Tak lah mahal sangat kan?

GALERI

Google ads
Back to top button