MG ZS EV DIPERKENALKAN, JANA 176PS, JARAK GERAK 320KM – HARGA BERMULA RM129K
Selain memperkenalkan MG4 EV, turut didedahkan ialah MG ZS EV serba baharu dan kini boleh didapati pada harga bermula RM129,000.
Dari segi penggayaan, ia hadir dengan LED Silverstone, roof rail, bumbung kaca panoramik, port pengecasan terletak di gril untuk akses lebih mudah, rim aloi lima-jejari 17-inci dan lampu belakang ‘Phantom’ LED baharu.
Pilihan warna ditawarkan untuk MG ZS EV ialah Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl, dan Monument Silver.
Di dalam kabin, ia diserlahkan melalui papan pemuka yang dihiasi kemasan kelihatan gentian karbon, skrin infotainmen terapung 10.25-inci dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto.
Perincian lain termasuklah pengecasan peranti tanpa wayar, dua port USB, rotary gear selector, perehat tangan untuk tempat duduk belakang serta tempat duduk hadapan larasan kuasa enam cara.
Selain itu, model ini turut mempunyai ruang bagasi yang luas, menawarkan antara 448 dan 1,187 liter apabila tempat duduk belakang dibaringkan.
Beralih pada kuasa, MG ZS EV 2024 dilengkapi dengan bateri Li-Ion 51.1kWh, menawarkan jarak gerak sejauh 320km berdasarkan kitaran WLTP.
Dikuasakan oleh motor elektrik, MG ZS EV memberikan prestasi kuasa sebanyak 176PS dan tork 280Nm, membolehkan pecutan dari 0-100km/j dalam masa 8 saat sahaja.
Untuk pengecasan, ia akan mengambil masa selama lapan jam bagi pengecasan AC manakala pengecasan DC 50kW hanya memerlukan 54 minit.
Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:
- Front Collision Warning (FCW)
- Automatic Emergency Braking (AEB) (with Pedestrian and Bicycle Detection)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Traffic Jam Assistance (TJA)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keeping Assistance (LKA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Lane Change Assist (LCA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Intelligent High Beam Assist
Seperti MG4, MG ZS EV didatangkan dengan jaminan pakej komprehensif, termasuk 7 tahun atau 150,000km (mana-mana terlebih dahulu) dan jaminan bateri 8 tahun atau 180,000km.
GALERI:
- BACA: MG4 EV DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – EMPAT VARIAN, JARAK GERAK 350KM, HARGA BERMULA RM104K
- BACA: HONDA CR-V e:FCEV 2025 BAKAL DIPERKENALKAN DI A.S, JANA 174HP, JARAK GERAK 435KM
- BACA: PROJEK KERETA APPLE SUDAH BERKUBUR – BAIK FOKUS BALIK KEPADA TELEFON PINTAR
- BACA: RENAULT 5 E-TECH ELECTRIC, MODEL IKONIK KEMBALI! JARAK PEMANDUAN 400KM