Buletin

PESAING HONDA CR-V DAN MAZDA CX-5, FORD TERRITORY BAKAL TIBA DI PASARAN INDONESIA

Peminat kenderaan jenis SUV di Indonesia bakal menerima kedatangan model baharu iaitu Ford Territory, yang bakal menyegarkan pilihan pengguna.

Ford Territory, juga dikenali sebagai Ford Equator Sport, telah mencatatkan kejayaan dalam pasaran China, dan kini menyusup ke pasaran-pasaran membangun seperti Mexico, Filipina, dan beberapa negara di rantau Timur Tengah.

Walaupun tidak dijual di negara asalnya, Amerika Syarikat, SUV sederhana ini mendapat sambutan hangat di pasaran-pasaran lain.

Berbeza dengan siri Ford yang lain seperti Ranger, Bronco, atau Everest, Ford Territory membawa ciri-ciri uniknya sendiri.

Dengan dimensi agak besar tetapi tidak sebesar beberapa model lain, seperti Pajero atau Fortuner, Ford Territory mempunyai ukuran panjang 4,630mm, lebar 1,935mm, ketinggian 1,706mm, jarak roda 2,726mm dan SUV ini menjanjikan keselesaan serta prestasi mengagumkan.

Dari segi kuasa, ia mempunyai dua pilihan enjin, iaitu EcoBoost 1.5 liter dan 1.8 liter (khusus untuk versi Timur Tengah), serta transmisi DCT 7-kelajuan.

Ciri-ciri lain SUV ini adalah didatangkan dengan ruang yang luas, mampu memuatkan antara 448 liter hingga 1,422 liter – menjadi nilai tambah penting bagi pengguna.

Kehadiran Ford Territory di Indonesia tentu dinantikan oleh peminat SUV, terutamanya buat mereka mencari alternatif dari jenama Amerika yang menawarkan gaya, prestasi, dan keselesaan.

Dalam segmen SUV sederhana, Ford Territory berpotensi untuk mencabar dominasi Honda CR-V dan Mazda CX-5 di pasaran Indonesia.

Google ads
Back to top button