Artikel Pilihan

PROJEK KERETA APPLE SUDAH BERKUBUR – BAIK FOKUS BALIK KEPADA TELEFON PINTAR

Syarikat Apple yang merupakan gergasi dunia telekomunikasi dan komputer sudah merancang untuk mengeluarkan kereta mereka sendiri sejak 10 tahun lepas. Mungkin sebab tertarik dengan kejayaan Tesla kot? Selama lebih 9 tahun proses penghasilan mereka telah tertunda, terbatal, dihidupkan kembali dengan beberapa cadangan perkongsian yang tidak membuahkan kejayaan. Kini Apple dilaporkan telah membatalkan terus projek tersebut.

Laporan berkenaan pembatalan tersebut telah dikeluarkan oleh Bloomberg pada Selasa lepas. Ia menyebut antaranya tentang hampir 2,000 pekerja yang terlibat dalam projek kereta tersebut telah dipindahkan ke jabatan AI genratif yang sedang diusahakan Apple.

Selama hampir sedekad dunia automotif disuapkan dengan khabar angin, laporan dan kelewatan dalam cadangan Apple untuk menghasilkan EV mewah dengan keupayaan autonomi tercanggih.

Malah saban tahun sentiasa ada EV baharu muncul dengan pelbagai ciri mewah sehinggalah kini jualan EV dikatakan agak merosot. Sistem autonomi Tahap 3 juga masih belum tercapai sepenuhnya walaupun diluluskan untuk jualan oleh Mercedes-Benz. Ia hanya boleh dioperasikan di jalan-jalan tertentu dengan kelajuan yang terhad. Ia menunjukkan perancangan Apple sudah agak terlewat berbanding syarikat lain yang lebih awal tampil dengan pelbagai model EV.

Bloomberg turut melaporkan pada bulan sebelumnya yang Apple berhasrat untuk memperkenalkan kereta mereka pada tahun 2028 dengan keupayaan autonomi Tahap 3. Itu memang dah berapa tahun lewat berbanding jenama lain. Nampak sangat ketinggalan tu boh.

Selepas kenyataan pembatalan dibuat, saham Apple dikatakan terus melonjak naik 1 peratus. Nampak sangat ramai pelabur tak minat sangat dengan keputusan Apple untuk menghasilkan kereta mereka sendiri.

Teruskan sajalah untuk hasilkan sistem CarPlay untuk kereta dan tak payah nak bercita-cita tinggi sangat untuk hasilkan kereta sendiri. Jangan sampai kereta Apple jadi macam phone mereka jugak asyik kena bawa power bank sebab bateri tak tahan lama. Hahaha. Jangan marah deh.

Google ads
Back to top button