Buletin

INOKOM EKSPORT HYUNDAI ELANTRA KE THAILAND

INOKOM Corporation Sdn Bhd (Inokom) akan memasang dan mengeksport sebanyak 1,000 model Hyundai Elantra ke Thailand untuk tahun pertama. 

Inokom-eksport Elantra-Thailand-mekanika (3)

Buat masa sekarang, hanya model Elantra Nu1.8L dieksport ke Thailand. Hyundai Motor (Thailand) Co. Ltd. (HMC Thailand) kini menawarkan  tiga varian Elantra 1.8L di Thailand iaitu 1.8 GLS Navi, 1.8 GLE dan 1.8 GL.

Inokom yang merupakan anak syarikat Sime Darby Motors mula memasang dan mengeksport 200 unit Hyundai Elantra sejak Jun lalu. Kilang itu baru sahaja mengeluarkan 200 unit lagi untuk dihantar ke Thailand pada awal bulan depan.

Inokom-eksport Elantra-Thailand-mekanika (1)

Jumlah eksport ke Thailand dijangka meningkat selari dengan permintaan pasaran. Ini kerana model yang dipasang di Malaysia ditawarkan pada harga lebih murah berikutan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

“Dengan pengenalan Elantra yang dipasang oleh Inokom di Thailand, kami menjangkakan ia popular dengan pantas kerana harganya yang cukup kompetitif,” kata Hideki Yanagisawa dari HMC Thailand.

garaj - MD Elantra (5)

Elantra 1.8 GL automatik ditawarkan pada harga THB749,000 (RM73,944), 1.8 GLE berharga THB819,000 (RM80,898) dan 1.8 GLS Navi  THB898,000 (RM88,662) seunit.

Pengarah Urusan Inokom, Rizal Jailan memberitahu, kolaborasi dengan HMC Thailand boleh membuka lebih banyak peluang perniagaan eksport buat Inokom, terutama model-model CKD Hyundai. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button