Buletin

MINI DEDAHKAN SENJATA BARU UNTUK HADAPI DAKAR 2018

Rali Dakar 2018 akan membuka tirainya pada 6 Januari 2018 dan berakhir pada 20 Januari. Untuk itu Mini danX-Raid Team telah mempersiapkan senjata baru khusus untuk menakluk rali paling mencabar di dunia ini selain Mini John Cooper Works Rally pacuan semua roda.

Senjata yang dimaksudkan ialah sebuah Mini John Cooper Works Buggy yang akan turut berlumba mengharungi pelbagai bentuk mukabumi dari peru, Bolivia sehinggalah ke Argentina. Menariknya Mini John Cooper Works Buggy ini merupakan model pacuan belakang dan bukannya pacuan semua roda.

Menurut Sebastian MacKensen, Timbalan Presiden Kanan MINI, dengan adanya dua jenis model berbeza ini semestinya MINI akan mampu memberikan saingan yang lebih sengit dalam perlumbaan itu nanti.

Mini John Cooper Works Buggy telah dihasilkan sebaik sahaja MINI memberikan lampu hijau untuk pembangunan konsep baru pada bulan Januari 2017.

Ia merupakan satu projek besar bagi MINI dan mereka telah berusaha keras untuk merealisasikannya, sambung MacKensen.

Mini John Cooper Works Buggy menggunakan enjin disel 3.0-liter yang diasaskan daripada enjin TwinPower Turbo BMW. Ia berupaya menghasilkan 350 hp kuasa dengan tork maksima setinggi 800 Nm.

BACA: JATUH BANGUN RALI DAKAR – PERLUMBAAN PALING MENCABAR DI DUNIA

Cesi utama dihasilkan daripada tiub-tiub logam untuk memberikan perlindungan yang maksima untuk pemandu dan pembantu dalam situasi yang paling ekstrim. Bahagian badannya pula dihasilkan daripada Plastik yang diperkuatkan dengan gentian karbon (CFRP) dan juga Kevlar. Rekaan ini juga hasil sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh MINI Design.

Walaupun ia tidak kelihatan seperti MINI biasa, ia merupakan sebuah jentera rali yang cukup berdaya saing dan cukup ringan. Ini memberikan kelebihan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik berbanding kenderaan lain.

Mini John Cooper Works Buggy ini telah dibangunkan di Morocco dan Hungary. Tiga buah Mini John Cooper Works Buggy ini akan dipandu oleh pemandu-pemandu berpengalaman seperti Mikko Hirvonen, Bryce Menzies dan Yazeed al-Rajhi. Empat buah MINI JCW Rally pula akan dipandu olih Orlando Terranova, Jakub Przygonski, Joan “Nani” Roma dan Garafulic.

Google ads
Back to top button