Buletin

MINIVAN TOYOTA ESQUIRE

Toyota Motor Corporation baru-baru ini melancarkan model minivan deluxe yang dikenali sebagai Esquire untuk pasaran Jepun.

Toyota-Esquire-mekanika (13)

Esquire serba baharu itu menawarkan ruang dalaman yang luas. Model cab wagon kompak tersebut dijangka mengukuhkan lagi penguasaan Toyota di pasaran negara matahari terbit itu.

Minivan berkapasiti tujuh atau lapan tempat duduk itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Xi dan Gi. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin memandu pacuan dua roda atau empat roda.

Toyota-Esquire-mekanika (12)

Jentera itu dikuasakan oleh unit enjin petrol bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear Super CVT-i. Bagi versi hibrid, Esquire dijana oleh enjin 2ZR-FXE bersesaran 1.8 liter bersama sistem Atkinson cycle. Ia mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 23.km/l berdasarkan kepada ujian MLIT JC08.

Bahagian luar Esquire nyata menyerlah dengan gril hadapan berwarna krom yang besar dan diposisikan secara vertikal.

Toyota-Esquire-mekanika (8)

Ruang kabin minivan itu pula menggunakan kulit sintetik dengan kemasan metalik, selain jahitan pada panel instrumen dan pintu. Gred Gi pula menampilkan kemasan lebih premium seperti tempat duduk dibalut kulit, kayu pada stereng dan tombol gear, selain skim warna merah tua.

Toyota-Esquire-mekanika (1)

Rekaan lantai yang rata memudahkan urusan keluar masuk dari kenderaan. Sementara tempat duduknya boleh diubah atau dilipat menerusi pelbagai  konfigurasi untuk memenuhi apa jua keperluan pengguna.

Toyota-Esquire-mekanika (6)

Toyota menjangkakan Esquire yang dipasang di kilang Toyota di Fujimatsu itu dapat dijual sebanyak 4,000 unit sebulan di Jepun.
[hr]GALERI

Toyota-Esquire-mekanika (4)Toyota-Esquire-mekanika (7)Toyota-Esquire-mekanika (9)Toyota-Esquire-mekanika (10)Toyota-Esquire-mekanika (11)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button