Pandu Uji

VOLVO XC60 T6 – RM315,888

Volvo Car Malaysia baru-baru ini mengumumkn ketibaan varian baharu dalam keluarga XC60, iaitu XC60 T6, beberapa bulan lebih awal berbanding tarikh asalnya. SUV tersebut dijangka meneruskan kejayaan model XC60 T5.

Volvo-XC60-T6-mekanika (2)

“Objektif kami untuk menjadikan aspek kemewahan dan keselesaan lebih mudah diakses menerusi XC60 T5 telah diterima dengan begitu baik. Sebab itulah kami melancarkan varian baharu ini lebih awal daripada yang telah dijadualkan.

“XC60 T6 baharu akan menampilkan kemewahan Scandinavian yang menggabungkan aspek keselesaan, prestasi dan keselamatan yang semememangnya menjadi tulang belakang kepada nilai-nilai utama kami,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Keith Schäfer.

Volvo-XC60-T6-mekanika (4)

Volvo Cars dilihat terus membangunkan teknologi-teknologi dan inovasi yang membuatkan kereta lebih selamat untuk dipandu. Visi jenama itu adalah, menjelang tahun 2020, tiada yang cedera atau terbunuh di dalam kenderaan moden Volvo.

Ditawarkan pada harga pengenalan (untuk tempoh terhad) iaitu RM315,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans), XC60 T6 sarat dengan teknologi keselamatan aktif yang mendahului kelasnya.

Volvo-XC60-T6-mekanika (6)

Lebih menarik lagi, ia dikuasakan oleh rangkaian kuasa modular Volvo serba baharu iaitu enjin Drive-E. Enjin empat silinder bersesaran dua liter itu berupaya menjana kuasa mencecah 306hp @ 5,700rpm dan tork maksimum 400Nm.

Dipadankan dengan transmisi Geartronic lapan kelajuan, XC60 T6 pastinya dapat menawarkan pemanduan yang lancar dan penjimatan bahan api sekitar 7.3 l/100 km.

Volvo-XC60-T6-mekanika (9)

Pelanggan boleh memilih daripada enam warna yang disediakan iaitu gangsa,  putih, hitam, perak dan Seashell. Anda juga boleh membeli pelbagai aksesori tambahan seperti kit gayaan bahagian luar Iron Stone, pemijak kaki sisi kenderaan berwarna perak aluminium, acuan untuk bahagian hadapan dan belakang, serta rim aloi Diamond Cut atau Iron Stone bersaiz 20 inci.

Bahagian dalaman jentera ini diserlahkan dengan paparan Digital Adaptif yang mula diperkenalkan pada model V40 T5 serba baharu. Ia menggunakan paparan kristal TFT (Thin Film Transistor) aktif untuk memaparkan maklumat yang dipilih oleh pemandu. Terdapat tiga tema untuk dipilih iaitu Elegance, Eco dan Performance.

Volvo-XC60-T6-mekanika (26)

Mode asal Elegance memilki penampilan dan rekaan klasik. Sementara mode Eco mempunyai tema berwarna hijau dan direka untuk menggalakkan dan memberi ‘ganjaran’ kepada gaya pemanduan yang menjimatkan. Mode Performance pula menampilkan iluminasi berwarna merah serta skala rev berbanding speedometer yang dipaparkan pada mode Elegance dan Eco.

Selain itu, sistem infotainmen serba baharu iaitu Sensus Connect turut disediakan. Ia merupakan sistem berasaskan awan diintegrasikan ke dalam kereta dan fungsinya boleh dinaik taraf pada masa depan.

Volvo-XC60-T6-mekanika (25)

Kecanggihan Sensus Connet terserlah menerusi sistem navigasi peta 3D, radio internet TuneIn (dengan 80,000 saluran), penstriman muzik melalui Bluetooth serta kawalan suara untuk kebanyakan fungsi infotainmen dan navigasi.

Tipikal sebuah Volvo moden, ia sarat dengan pelbagai sistem keselamatan. Kali ini, Volvo menamakan semua sistem keselamatan aktifnya sebagai IntelliSafe dengan beberapa teknologi utama digunakan buat pertama kali pada XC60 T6.

Volvo-XC60-T6-mekanika (15)

Antaranya ialah Teknologi Kawalan Lampu Tinggi Aktif (Active High Beam Control),  Teknologi Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal dengan brek automatik sepenuhnya kini dilengkapi sistem pengesan tercanggih yang mengimbas kawasan di hadapan.

Selain Driver Alert Control (DAC), Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Queue Assist dan Distance AlertRoad Sign Information, Electrical Power Assist Steering (EPAS) serta banyak lagi.

Volvo-XC60-T6-mekanika (3)

Sama seperti semua model Volvo yang baru, XC60 T6 hadir bersama jaminan selama lima tahun. Di samping servis percuma termasuk alat ganti untuk setiap penyelenggaraan berkala dan bantuan tepi jalan secara percuma (Volvo-on-Call), juga selama lima tahun.

XC60 T6 baharu sudah boleh didapati mulai hari ini di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button