Buletin

MITSUBISHI DELICA D:5 – BAKAL BERTANDANG KE TOKYO AUTO SALON 2019, BULAN DEPAN

Mitsubishi dilapor akan membawa tiga model istimewa ke pameran Tokyo Auto Salon 2019 (TAS) yang bakal berlangsung Januari depan.

Model yang dijangka paling mendapat perhatian pastinya penampilan rugged van Delica D:5. Ia akan ditemani oleh Outlander PHEV dan Eclipse Cross versi Street Sport.

Sebulan lalu, Mitsubishi memperkenalkan Delica D:5 yang merupakan sebuah jentera gabungan minivan-crossover. Reka bentuknya yang berkotak menawarkan ruang kabin luas dengan tiga barisan tempat duduk.

Jentera itu digerakkan oleh enjin diesel bersesaran 2.2 liter yang mampu menjana kuasa 172PS dan tork 393Nm.

Bagi membuatkan penampilannya lebih dramatik, Delica D:5 dipasang dengan roof rails bersama lampu LED tahan lasak, bar belakang hitam, perkataan Delica pada hud, mudflap berwarna merah dan pelbagai aksesori aksesori tulen Mitsubishi.

Outlander PHEV dan Eclipse Street Sport

Ruang pameran Mitsubishi di TAS 2019 turut dimeriahkan dengan kehadiran Outlander PHEV Street Sport. Ia tampil dengan warna luaran kelabu titanium dua tona bersama kemasan berwarna hitam.

Tidak ketinggaalan grafik, perumah cermin sisi berwarna hitam dan kuning, tidak jauh beza dengan model Eclipse Cross. Ia juga dipasang dengan kemasa kuning pada spoiler hadapan dan roda. Gaya itu disempurnakan lagi dengan rim aloi HFULL Cross RV5 bersaiz 20 inci yang dibalut tayar Yokohama.

Eclipse Cross pula menerima kemasan berwarna kuning pada spoiler hadapan dan skirting sisi. Ia juga menggunakan rim hitam HOMURA bersaiz 20 ini. Perincian lain termasuklah penambahan pada bahagian sisi, belakang, kemasan bampar dan spoiler belakang.

Google ads
Back to top button