Buletin

MITSUBISHI L200 BARBARIAN SVP II EDISI KHAS – SUKA BETUL WARNA OREN NAMPAKNYA 

Mitsubishi Motors UK baru-baru ini memperkenalkan trak pikap Mitsubishi L200 (Triton) Barbarian SVP II edisi khas.

Ini merupakan modek kedua yang dihasilkan oleh divisyen SVP (Special Vehicle Projects) Mitsubishi. Jentera itu dibina berikutan kejayaan versi SVP edisi khas sebelum ini. Sama seperti sebelumnya, trak pikap tersebut menerima peningkatan ketara pada bahagian dalaman dan luarannya.

Hanya 250 unit akan dikeluarkan dengan warna hitam dan kelabu. Penampilan yang lebih eksklusif juga dikontraskan dengan warna oren dan rim khas bersaiz 17 inci, dibalut tayar AT BF Goodrich. Arca roda lebih lebar, gril SVP baharu dan roof rail didatangkan dalam warna hitam dan oren. 

Perumah lampu kabus, lampu utama dan belakang, penutup hendal pintu dan pemegang kargo belakang turut menerima warna oren. Skim warna tersebut diteruskan ke dalam kabin. Ia dapat dilihat pada tempat duduk, perehat tangan dan karpet lantai. 

Setiap unit akan dilekatkan dengan nombor edisi terhad dan logo SVP yang dijahit pada perehat kepala.

Mitsubishi L200 Barbarian SVP II menggunakan khidmat enjin turbo diesel bersesaran 2.4 liter bersama sistem Super Select 4WD.

Sudah dibuka untuk tempahan di United Kingdom dengan penghantaran pertama dijangka bermula pada Mei depan, trak pikap tersebut ditawarkan pada harga £29,830 (RM164,00) seunit.

Google ads
Back to top button