Pandu Uji

MITSUBISHI LANCER EVO I – III: KERETA SPORTS LEGEND!

Kegilaan terhadap model homologasi rali ini bermula apabila Proton Wira dilancarkan pada tahun 1993. Kereta tempatan itu berkongsi casis yang hampir sama dengan model Evo yang terawal.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (7)

Tapi macam mana pun, memandu Evo asli dengan Evo jelmaan banyak bezanya. Sebab itulah ramai pemilik Wira Evo yang berjaya memiliki Evo asli. Jadi kali ni, mari kita tengok model-model Evo dari model pertama sehinggalah model ketiganya.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (8)

Evo I

Tidak dinafikan, ia antara model Evo paling rare di Malaysia. Model Evo pertama dilancarkan pada tahun 1992 dan dikenali dengan nama Evolution I. Kod casis Evo ini ialah CD9A. Ia menggunakan enjin 4G63 dan sistem pacuan empat roda sepenuh masa yang dibawa daripada model Galant VR4.

Enjin tu bagaimanapun telah dinaik taraf untuk menghasilkan hampir 250bhp. Evo I juga menjadi satu-satunya Evo yang menggunakan sistem LSD jenis viscous. Sebelum ia diganti dengan sistem LSD jenis mekanikal untuk model seterusnya.

Model ini didatangkan dengan dua varian, GSR dan RS. RS ialah model yang khusus untuk pembeli yang ingin jadikan kereta mereka kereta lumba. Jadi, ia tidak mempunyai sistem brek ABS, wiper cermin belakang, hatta tingkap kuasa!

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (1)

Evo II

Evo II dilancarkan pada tahun 1994 dan berakhir pada tahun 1995. Model Evo II menggunakan kod casis CE9A. Perubahan berbanding model Evo I lebih tertumpu pada pengendaliannya.

Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah penggunaan sway bar yang lebih ringan. Selain spoiler belakang lebih besar dan tayar 10mm lebih lebar daripada model terdahulu.

Enjin 4G63 yang digunakan telah ditingkatkan lagi kuasanya kepada 260bhp. Sama seperti Evo I, model ini didatangkan dengan model GSR dan RS.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (2)

Evo III

Pada tahun 1995, Mitsubishi melancarkan model Evo III yang menerima banyak penambahbaikan. Seterusnya menjadi antara model Evo yang paling diminati. Model ini dipandu oleh Jackie Chan dalam filem Thunderbolt’,  sekali gus meningkatkan lagi popularitinya.

Bodykit terbarunya membantu dari segi penyejukan enjin, sistem turbo dan brek. Sementara spoiler belakang dan skirting sisi membantu dari segi aerodinamik. Enjin pula mendapat turbo dengan saiz pemampat yang lebih besar (68mm berbanding 60mm pada model terdahulu) dan nisbah mampatan enjin yang lebih tinggi. Ubah suai enjin ini meningkatkan kuasa kepada 270bhp.

Kalau anda berminat nak beli model-model ini di Malaysia, bersedialah untuk menyediakan wang tunai yang banyak, antara RM60,000 hingga RM70,000. Kebanyakan model Evo generasi awal di Malaysia ialah model Evo III. Tetapi sekali-sekala ada juga muncul model Evo I dan II untuk dijual.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (3)

Bagaimanapun, majoriti model Evo I dan II sudah diubah suai menggunakan bodykit Evo III. Maka usaha untuk mencari model yang 100% standard amat sukar. Paling penting, anda mesti periksa nombor casis kenderaan untuk memastikan model yang dibeli ialah model Evolution asli, bukannya convert. Model asli hanya menggunakan kod casis CD9A (Evo I) atau CE9A (Evo II dan III).

Model ini boleh dikatakan cukup mudah untuk diseleggara. Memandangkan alat gantinya mudah diperolehi dari kedai potong dan boleh dibeli baru. Aksesori prestasi tinggi untuk model ini pun masih dihasilkan. Malah boleh berkongsi alat ganti dengan model Proton Wira, sekali gus memudahkan lagi kerja-kerja penyelenggaraannya.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (5)

Oleh sebab ini ialah kereta berprestasi tinggi, periksa dengan teliti kesan-kesan pelanggaran yang serius. Selain wear and tear enjin dan bahagian mekanikal lain seperti kotak gear. Enjin kereta ini menggunakan tali sawat. Jadi periksa tarikh akhir ia ditukar. Tali sawat yang terputus akan akibatkan kerosakan serius pada bahagian kepala silinder enjin.

Mitsubishi-Evo-I-Evo-III-mekanika (4)

Secara keseluruhan, jika anda peminat hardcore Evo, model generasi awal memang patut menjadi sebahagian daripada koleksi. Ia bakal menjadi model klasik tak lama lagi. Dengan pengenalan AP Klasik di Malaysia, besar kemungkinan syarikat pengimport kereta klasik akan membawa masuk model ini ke Malaysia kelak.

Harapnya lah….

Google ads
Back to top button