Buletin

MITSUBISHI TRITON BLACK EDITION TIBA DI PASARAN THAILAND – HARGA BERMULA RM131K

Mitsubishi Motors Thailand baru sahaja memperkenalkan Mitsubishi Triton Black Edition 2025 yang tampil dengan elemen serba hitam.

Perubahan paling ketara adalah pada Dynamic Shield yang pada asalnya berlapis krom, kini dicat dengan warna hitam kilat. Warna hitam juga menghiasi penutup cermin sisi, pemegang pintu, rim aloi 18-inci, serta pemegang pintu belakang.

Selain itu, kemasan titanium pada pemijak sisi dan bampar belakang turut melengkapkan rupa serba hitam ini.

Dari segi pilihan warna, Triton Black Edition hanya ditawarkan dalam dua warna – Graphite Gray dan White Diamond.

Di dalam kabin, ia hadir dengan penampilan agak menarik, didominasi oleh warna hitam dengan jahitan putih, mewujudkan rasa kontras.

Namun, pelapik bumbung menggunakan warna putih bagi mengurangkan keseluruhan tema gelap.

Perincian lain termasuklah dilengkapi dengan skrin sentuh sembilan inci dengan ketersambungan Android Auto atau Apple CarPlay tanpa wayar serta dan rangkaian Advanced Driver Assistant System (ADAS).

Beralih pada kuasa, Mitsubishi Triton Black Edition dikuasakan oleh enjin turbo-diesel MIVEC 2.4-liter yang dikenali sebagai 4N16.

Enjin ini menghasilkan 184PS dengan 430Nm tork dan digandingkan bersama transmisi automatik 6-kelajuan.

Untuk harga pula, Mitsubishi Triton Black Edition sekarang tersedia di Negeri Gajah Putih dengan harga bermula AS$28,409 (RM131,605).

GALERI:

Google ads
Back to top button