
MITSUBISHI TRITON CHAMPIONSHIP EDITION DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, HARGA MULA RM155K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal melancarkan Triton Championship Edition, edisi istimewa yang diinspirasikan daripada kemenangan jenama itu di Asia Cross Country Rally (AXCR) 2025.
Model ini akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Triton Athlete dan Triton AT Premium, bermula 11 Mac 2026.
Ia hadir dengan ciri-ciri eksklusif dan elemen gaya yang tiada pada model Triton standard, memberikan pengalaman pemilikan lebih unik kepada pemilik.

Triton Athlete edisi juara direka untuk menampilkan aura premium dan berkuasa. Dengan warna Jet Black Mica, hanya 150 unit akan ditawarkan. Peningkatan luaran termasuk decal badan eksklusif dan tayar All-Terrain, meningkatkan cengkaman serta keyakinan memandu di pelbagai kondisi jalan.
Bahagian dalam pula menampilkan:
- Sistem infotainment 9-inci untuk keselesaan dan sambungan pintar.
- All-Round Monitor bagi meningkatkan penglihatan semasa parkir atau manuver.
- Penutup kepala (headrest) dengan tema juara, memberi sentuhan gaya motorsport.
Sementara, untuk Triton AT Premium, ia hadir terhad 120 unit sahaja. Varian ini sesuai untuk mereka yang mahukan ekspresi sporty. Ia hadir dengan:
- Rim sukan 18-inci berwarna hitam
- Styling bar
- Garnish bampar depan bawah
- Decal badan eksklusif
- Penutup kepala bergaya juara
Hanya 120 unit akan dikeluarkan, menambah nilai kepada ketahanan, keselesaan dan pengendalian Triton yang sudah terkenal.

Kedua-dua model dilengkapi enjin diesel Hyperpower 4N16 baharu. Triton Athlete mendapat 2.4L dua-tahap turbo, menghasilkan 204PS dan tork 470Nm, manakala AT Premium menawarkan 184PS dan 430Nm.
Sistem 4WD terkini memastikan pengendalian optimum di pelbagai permukaan, dengan Triton Athlete menampilkan Super Select 4WD-II dan mod pemanduan aktif untuk pengalaman lasak dan selamat.
Selain itu, Mitsubishi Motors Safety Sensing (MMSS) memberikan perlindungan tambahan, termasuk sistem brek kecemasan, amaran keluar lorong, kawalan jelajah adaptif dan bantuan perubahan lorong, manakala sistem ASTC, HDC dan HSA memberi keyakinan ketika memandu di jalan berliku atau menurun.

Beralih pada harga, Triton Athlete ditawarkan pada harga RM169,980, manakala Triton AT Premium berharga RM155,980 (atas jalan tanpa insurans).
Pelanggan yang menempah model ini akan menerima penutup kunci eksklusif dan set pelekat motorsport, menambahkan lagi rasa keistimewaan pemilikan.
GALERI:
Triton Athlete:




















Triton AT Premium:














- BACA: CHERY MALAYSIA SAMBUT RAYA DENGAN TAWARAN ISTIMEWA, REBAT TUNAI BERMULA RM7,888
- BACA: BATERI BAHARU BYD BOLEH CAS SECEPAT ISI MINYAK? 10 KE 70 PERATUS CUMA 5 MINIT!
- BACA: HONDA e:N2 DILANCARKAN DI THAILAND TAK LAMA LAGI – JARAK GERAK 530KM, HARGA SEKITAR RM180K
- BACA: PIRELLI PERKENALKAN CINTURATO ROSSO DENGAN TEKNOLOGI SEAL INSIDE, SAIZ 16 HINGGA 23-INCI


