Buletin

PIRELLI PERKENALKAN CINTURATO ROSSO DENGAN TEKNOLOGI SEAL INSIDE, SAIZ 16 HINGGA 23-INCI

Pengeluar tayar terkenal, Pirelli memperkenalkan tayar baharu Cinturato Rosso dengan teknologi Seal Inside di pasaran Malaysia, sekali gus menambah pilihan dalam rangkaian tayar touring yang menekankan aspek keselamatan serta keselesaan untuk pemanduan harian.

Tayar Pirelli Cinturato Rosso Seal Inside ini dilengkapi teknologi Seal Inside, yang membolehkan tayar mengekalkan tekanan angin walaupun tertusuk objek asing seperti paku.

Ciri ini membantu pemandu meneruskan perjalanan ke lokasi yang lebih selamat tanpa perlu berhenti serta-merta di tepi jalan.

Selain kelebihan keselamatan, tayar ini turut mengekalkan reputasi siri Pirelli Cinturato Rosso yang terkenal dengan tahap keselesaan tinggi serta bunyi yang lebih senyap ketika pemanduan.

Untuk pasaran Malaysia, tayar tersebut ditawarkan dalam saiz 16 hingga 23-inci, menjadikannya sesuai digunakan pada pelbagai jenis kenderaan moden seperti sedan, crossover dan SUV.

Dalam masa sama, sempena musim perjalanan balik kampung yang semakin hampir, Pirelli turut memperkenalkan kempen promosi khas.

Pelanggan yang membeli empat unit tayar Cinturato Rosso Seal Inside akan menerima baucar elektronik Touch ‘n Go bernilai RM80.

Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2026 dan terhad kepada 1,000 penebusan pertama di seluruh negara.

Google ads
Back to top button