
MODEL AC COBRA GT KINI BOLEH DIBELI SECARA SAH DI TAIWAN MELALUI ACE ONE MOTORS. BARULAH SEMANGAT TAHUN ULAR AGAKNYA
AC Cars, pengeluar kenderaan aktif tertua di Britain, telah mengumumkan bahawa firma Ace One Motors Co. Ltd sebagai pengedar eksklusifnya di Taiwan, sebagai Langkah untuk jenama terkenal itu terus membangunkan rangkaian jualan antarabangsanya di sana.
Memulakan Tahun Baharu Lunar dengan penuh gaya, pelantikan pertama AC Cars di Asia dan hubungan strategik dengan Ace One Motors menggariskan komitmen syarikat terkenal itu kepada pasaran global. Penubuhan pengedar baharu akan membolehkan jenama dan rangkaian kereta sukan AC Cobra GT dapat menjangkau kepada pelanggan baharu dan memacu kesedaran serantau akan model mereka yang handal itu.
Mengendalikan jualan dan penghantaran, Ace One Motors akan mempamerkan model kereta sport AC Cobra GT Roadster dan GT Coupe serta menyediakan khidmat sokongan selepas jualan untuk rangkaian kenderaan yang semakin berkembang.
Menampilkan reka bentuk yang kemas, model AC Cobra GT menampilkan reka bentuk kemas untuk menghasilkan sebuah model kereta sport moden yang canggih, yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini dan juga proses kejuruteraan.
Mudah untuk dikenali dengan reka bentuk sebegini, ianya kekal setia dengan semangat AC Cobra asal tahun 1960-an namun menggunakan teknologi pemanduan dan kawalan moden untuk memberikan tahap prestasi dan pengendalian baharu.

Sangat ringan dan dengan ketegaran kilasan yang luar biasa, casis aluminium yang sangat canggih kereta itu diselubungi dalam badan komposit karbon yang mengalir, manakala rangkaian enjin berkuasa memberikan kelajuan dan alunan bunyi yang dihormati oleh peminat kereta sport di seluruh dunia.
Bilik pameran yang diuruskan oleh Ace One Motors itu terletak di kawasan kejiranan Da’an, salah satu daerah paling eksklusif di Taipei. Dengan perniagaan kewangan dan antarabangsa yang penting berdekatan, ia dianggap sebagai wilayah elit di bandar, serta rumah kepada banyak jenama automotif premium. Manakala tempat yang paling terkenal di Taipei, Taipei 101 pula hanya terletak dua kilometer sahaja dari lokasi.
Kelak pelanggan akan menikmati layanan yang eksklusif di bilik pameran bagi membolehkan pelanggan memesan dan memilih spesifikasi yang diinginkan mengikut hasrat peribadi pembeli. Malah, peminat jenama itu juga berpeluang untuk mendapatkan koleksi barangan eksklusif jenama AC Cars ini.
BACA : ENJIN DAN TRANSMISI BAHARU UNTUK MODEL AC COBRA GT & AC COBRA GT COUPE
BACA : MAZDA SPIRIT RACING ROADSTER DAN SPIRIT RACING ROADSTER 12R UNTUK JEPUN, 200 TERHAD!