KTM INDIA NAIKKAN HARGA MODEL DUKE, RC DAN AVENTURE. KALI KE-3 TAHUN INI!
KTM India baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga model-model Duke, RC dan Adventure. Ini merupakan kali ketiga pengeluar motosikal tersebut menaikkan harga jenteranya pada tahun ini sahaja.
Harga baharu yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah dan kekurangan bekalan akibat pandemik COVID-19 itu berkuat-kuasa pada Julai.
Justeru, harga KTM 125 Duke kini naik sebanyak rs 10,000 (RM557), sekali gus menjadikan model KTM paling mampu milik itu berharga Rs 170,000 (RM9,480) seunit. Harga itu juga membuatkan kurang berdaya saing berbanding motosikal Jepun seperti Suzuki Gixxer 250, KTM 390 Duke pula naik Rs 11,000 (RM623) menjadi Rs 287,000 (RM16,000).
Peminat jentera sports juga pasti kecewa apabila model RC 390 menerima kenaikan Rs 11,000 (RM623) menjadi Rs 277517 (RM15,477) seunit. Model-model RC yang lain seperti RC 125, RC 200 juga mengalami kenaikan bermula Rs 2,253 (RM120).
Tidak ketinggalan, model adventure kecil seperti 250 Adventure dan 390 Adventure dengan kenaikan harga. Biarpun harga 250 Adventure naik sedikit sahaja iatu Rs 256 (RM12), harga model 390 Adventure bagaimanapun naik sebanyak Rs 11,423 atau RM636. Ini menjadikan harga terbaharunya Rs 328,286 (RM18,312) seunit.