Buletin

MODEL KONSEP PORSCHE MISSION E

Porsche hari ini mempamerkan kepada dunia model konsep Mission E pada acara Frankfurt Motor Show 2015.

Porsche-Mission-E-mekanika (8)

Menjadi percubaan pertama Porsche dalam menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya, Mission E tampil dengan reka bentuk dan sistem kawalan yang sangat futuristik.

Model empat pintu yang mempunyai empat tempat duduk ini mempunyai banyak persamaan dengan 911 Carrera. Ia dipacu oleh sistem pacuan semua roda yang menjanjikan pengendalian stabil.

Porsche-Mission-E-mekanika (9)

Kereta sports elektrik Mission E dikuasakan oleh sistem pacuan serba baharu yang mampu menjana kuasa sehingga 600hp! Kuasa yang dihasilkan oleh dua unit permanently-excited synchronous motors (PSM) itu membolehkannya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 200km/j.

Bagi menjadi jentera yang praktikal, Mission E berupaya bergerak sejauh 500km dengan sekali caj. Jarak itu boleh ditambah kepada 400km lagi dengan mengecas kurang 15 minit.

Porsche-Mission-E-mekanika (1)

Semua ini dapat dicapai menerusi aplikasi teknologi 800 volt yang inovatif. Kelebihan teknologi ini, ia mengurangkan tempoh mengecas. Selain lebih ringan dan dapat  menyalurkan tenaga dengan lebih cekap.

Satu lagi ciri tipikal Porsche pada Mission E ialah tubuhnya yang ringan, agihan berat  optimum dan titik graviti rendah. Bateri lithium-ion itu diletakkan di bahagian bawah kereta di antara gandar hadapan dan belakang untuk tahap keseimbangan yang sempurna.

Porsche-Mission-E-mekanika (2)

Badan kenderaan ini diperbuat daripada gabungan material aluminum, keluli dan polimer gentian karbon yang telah diperkukuhkan.

Porsche-Mission-E-mekanika (4)

Seperti yang dijangka, bahagian kabin Mission E mengaplikasikan semua prinsip rekaan dalaman Porsche. Rekaannya lebih terbuka, kemas, berorientasikan kepada pemandu dan praktikal. Semua instrumennya pula dikawal secara intuitif menerusi pengesanan mata, gestur tubuh dan halogram.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button