
PUSAT 3S TOYOTA RAWANG DIBUKA
UMW Toyotsu Motors secara rasminya membuka sebuah pusat 3S di Rawang untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan Toyota di rawang dan kawasan sekitarnya.
Pembukaan itu bagi meraikan ulang tahun ke-10 UMW Toyotsu Motors. Selain mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti dan komprehensif kepada pelanggan setianya.
Pusat 3S itu memiliki kemudahan lengkap seperti jualan, servis, alat ganti serta badan & cat di bawah satu bumbung.
UMW Toyotsu Motors telah melabur sebanyak RM34 juta untuk membina premis berkeluasan 71,000 kaki persegi itu. Ruang pamerannya mampu menempatkan sehingga lima buah kenderaan kenderaan Toyota. Pasukan servisnya pula boleh menyelenggara sehingga 75 buah kenderaan sehari.
“Toyota Tsusho adalah sebahagian daripada Toyota Group di Jepun. Kami bekerjsama rapat dalam operasi jualan, produksi dan logistic di seluruh dunia. Dengan keupayaan jualanan operasi eksport di lebih 175 buah negara, ia pasti dapat menyumbang ke arah pertumbuhan industri automotif di Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
UMW Toyota Motor kini memiliki rangkaian ekstensif melibatkan 97 pusat jualan, selepas jualan dan pengedar di seluruh negara.
Maklumat lanjut, sila hubungi UMW Toyotsu Motors Sdn. Bhd. Rawang di talian 03-6092 8252 atau layari laman web: toyota.com.my