
Motosikal
MOTOR ANIME ZECOO
Sebagai sebuah negara yang begitu obses terhadap Anime, tidak hairahlah jika ada sahaja produk atau barangan yang dicipta berinspirasikan kepada seni komik tersebut.
Terbaharu, sebuah firma rekaan dari Jepun, Nezu memperkenalkan motosikal elektrik yang diberi nama ZecOO. Ditawarkan pada harga ¥ 8.8 juta (RM319,057) seunit, hanya 49 unit dihasilkan.
ZecOO digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 67bhp yang dibekalkan oleh Zero Motorcycles dari California. Dengan kuasa itu, kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan hanya 120km/j.
Bateri lithium-ion yang dipasang pada motosikal buatan tangan ini dicaj penuh dalam masa lapan jam dan boleh mencapai jarak sejauh 160km.
Sumber: zec00 (Jepun)