Buletin

KIA CARNIVAL CKD 2022. 3 VARIAN, 7 & 8 TEMPAT DUDUK, BERMULA RM231K

Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., pengedar tunggal kenderaan jenama Kia di Malaysia hari ini memperkenalkan model Grand Utility Vehicle (GUV) Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran Malaysia.

Orang ramai juga sudah boleh membuat tempahan model berkenaan mulai sekarang. Jentera berkenaan hadir dalam tiga varian iaitu 2.2D 8-seater Mid, 8-seater High dan 7-Seater High.

Harga adalah seperti berikut:

  • Kia Carnival 2.2D 8-Seater: RM231,228
  • Kia Carnival 2.2D 8-Seater High: RM247,228
  • Kia Carnival 2.2D 7-Seater High: RM261,228

Sama seperti Kia Carnival CBU, Kia Carnival versi CKD masih menggunakan enjin diesel turbo 2.2 liter. Mampu menjana 199hp pada 3,800 rpm dan tork 440Nm pada  1,750-2,750rpm, enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan fungsi penukar elektronik (E-Shift).

Terdapat lima warna yang ditawarkan termasuklah biru (Astra Blue), perak (Sonic Silver), hitam (Jet Black), putih mutiara (Snowflake White Pearl) dan kelabu (Meteor Gray).

Kia Carnival 2022 CKD merupakan model pertama yang dipasang di  Kilang Inokom Assembly, Kulim, Kedah selepas jenama Kia dikendalikan oleh entiti baharu.

Berbanding model CBU yang dilancarkan pada Januari lalu, Kia Carnival versi CKD menerima beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi, selain pelbagai ciri lebih moden.

Antara ciri standard yang dipasang pada Kia Carnival CKD termasuklah lampu kombinasi belakang LED dan sistem audio BOSE dengan 12 unit pembesar suara.

Tidak ketinggalan, rim aloi bersaiz 18 inci, lampu utama LED berkembar, lampu nyalaan siang LED, skrin infohibur bersaiz 12.3 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sokongan pengecasan tanpa wayar dan tujuh slot USB.

Dua varian tertinggi (2.2D 8-seater High & 7-Seater High) mendapat tambahan ciri seperti fungsi memori pada tempat duduk pemandu, kerusi dengan ciri ventilasi dan pemanas, skrin kluster digital 12.3 inci, sistem pencahayaan dalaman LED, sistem kamera keliling, serta bumbung suria berkembar.

Varian tujuh tempat duduk pula didatangkan dengan kerusi dibalut kulit dan kerusi Premium Relaxation yang dipisahkan dengan ruang tengah bagi menawarkan keselesaan kepada penumpang baris kedua.

Dari segi keselamatan, Kia Carnival CKD secara standard dilengkapi dengan ciri berikut:

  • enam beg udara SRS
  • ABS, EBD, Bantuan Brek
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Cengkama (TCS)
  • Kawalan Brek Berbilang-Pelanggaran (MCB)
  • Bantuan Mula Mendaki (HAC)
  • Fungsi Auto-Hold
  • Amaran Penumpang Belakang
  • ISOFIX

Dua varian tertinggi pula mendapat tambahan ciri keselamatan seperti:

  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)

Semua model Kia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia juga hadir dengan pakej penyelenggaraan berkala percuma selama lima tahun dan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:
  • BACA:

GALERI

Google ads
Back to top button