
MODENAS NINJA ZX-25RR LANCAR DI MALAYSIA FEBRUARI INI
Baru-baru ini, Modenas mencuri tumpuan apabila memulakan kalendar 2024 dengan pelancaran skuter maxi, Kymco AK550 Premium.
Kymco AK550 itu mencuri tumpuan ekoran hadir dengan harga RM65,600 sekaligus bakal menyainigi Yamaha TMAX 560 yang dijual pada harga RM74,000.

Bagaimanapun, Modenas dijangka akan kembali menceriakan peminat tempatan dengan Ninja ZX-25RR yang difahamkan akan diperkenalkan sekitar Februari ini.
Untuk rekod, Modenas Ninja ZX-25RR merupakan motosikal yang dijenamakan semula dari Kawasaki dan merupakan varian ‘flagship’ bagi keluarga ZX-25R SE sebelum ini.

Namun, perbezaan utama antara Ninja ZX-25R SE dan ZX-25RR hanyalah di monoshock belakang yang merangkumi Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC). Komponen premium tersebut turut diguna pakai pada Ninja ZX-10R.

Meskipun begitu, ZX-25RR masih lagi dikuasakan enjin yang sama, 249.8cc empat silinder yang menawarkan 51hp (dengan Ram-Air) dan 22.9Nm.
Walaupun harga belum diketahui namun sudah tentunya varian ‘flagship’ ini datang dengan harga lebih tinggi berbanding varian SE yang ketika ini dijual pada harga RM34k.


