
GVT, YUTONG METERAI PERJANJIAN STRATEGIK PEMBEKALAN BAS EEV DAN EV
Syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama syarikat dari China, Yutong Bus Company Limited.
Menurut Pengarah Eksekutif GVT, Wan Ahmad Wan Omar berkata, perjanjian itu bagi menjalin perkongsian strategik dari segi pengedaran, pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) serta penyerahan pesanan rasmi kenderaan cekap tenaga (EEV).
Yutong adalah antara syarikat pengeluar bas elektrik terbesar dengan jumlah pengeluaran melebihi 400 unit sehari serta telah merekodkan penjualan sebanyak 36,518 unit bas tenaga baharu pada tahun 2023 dan jualan kumulatif global sebanyak 175,000 unit setakat ini.
Majlis MOU itu ditandatangani Wan Ahmad bersama Pengurus Wilayah Asia Pasifik Yutong, Michael Lu.

Tambahnya, pesanan dan perjanjian yang menampilkan 14 model bas EV dan EEV dari Yutong Series meliputi rangkaian bas mesra OKU serta laluan masuknya serendah 230-300 sentimeter bagi memudahkan para penumpang untuk keluar dan masuk dari bas tersebut.
Rangkaian bas tersebut juga disertakan dengan port USB untuk pemandu dan juga penumpang dan dilengkapi sistem stereng BOSCH.
Bas yang mengambil masa kurang 10 saat untuk mencapai pecutan 0-30 km itu juga mempunyai ciri keselamatan reinforced closed ring structure dalam binaan badan.
Selain itu, bas ini juga dilengkapi ciri keselamatan seperti sistem kamera panoramik 360 darjah, sistem amaran pelanggaran, sistem brek elektronik (EBS) dan sistem brek antikunci (ABS) + kawalan anti gelincir (ASR).
Penggunaan bas elektrik juga adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta misi Goauto group.
- BACA: SMART MALAYSIA KEMASKINI APLIKASI HELLO SMART, TAWAR PERADUAN UNTUK PEMINAT
- BACA: PEMANDU SIRI PERLUMBAAN ONE MAKE RACE SKILLDRVN, KENNY LEE DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA BENDIX
- BACA: AUDI SQ8 E-TRON DAN SQ8 SPORTBACK E-TRON MENDARAT DI MALAYSIA – JANA 496HP, HARGA BERMULA RM519K
- BACA: QJMOTOR ATR 150 LANCAR DI MALAYSIA MEI INI



