Motosikal

SUZUKI LANCAR AKSESORI KHAS V-STROM 250SX DI JEPUN

Umum sedia maklum bahawa Suzuki Malaysia bakal melancarkan Suzuki V-Strom 250 SX untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sementara menanti, mungkin anda boleh melihat kepada beberapa aksesori rasmi diperkenalkan Suzuki Motor Corporation (SMC) di Jepun bagi V-Strom 250SX itu baru-baru ini. 

Antara aksesori yang diperkenalkan termasuk top box berkapasiti 27L, tempat duduk yang lebih rendah, pelindung enjin, ‘tank pad’, ‘tank protection’, serta pelekat rim (2 warna). 

Bagaimanapun, aksesori paling mencuri tumpuan kami adalah ‘heated grip’ yang membenarkan penunggang memilih tiga tetapan berbeza. Menurut SMC, grip dengan fungsi pemanas itu dijual pada harga JPY33,000 (RM1,049k). 

Dalam pada itu, kami difahamkan Suzuki V-Strom 250SX akan dilancarkan di Malaysia sekitar suku pertama 2024. 

Google ads
Back to top button