Motosikal

MOTO GUZZI V7 III ROUGH – HARGA PENGENALAN ISTIMEWA RM69,900 SEUNIT

DIDI Resources baru-baru ini memperkenalkan Moto Guzzi V7 III Rough ke pasaran Malaysia.

Ditawarkan pada harga pengenalan istmewa RM69,900 untuk beberapa unit terhad, ia sudh boleh dilihat secara dekat di pengedar sah Moto Guzzi di  Petaling Jaya dan Sheng Fatt, Pulau Pinang. Selepas itu, harganya ialah RM75,000 seunit.

V7 sememangnya model Moto Guzzi yang paling popular. Diperkenalkan sejak tahun 1967, V7 kini sudah memasuki generasi ketiga yang dikenali sebagai V7 III. Jentera itu hadir dalam varian Stone, Special dan Racer.

Pengenalan V7 III Rough dan V7 III Carbon dilihat memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Semua varian itu dibezakan menerusi pakej dan aksesori khas yang dipasang padanya.

Apa yang menarik ialah pengguna boleh mengubah suai jentera masing-masing menggunakan rangkaian aksesori yang ditawarkan oleh Moto Guzzi. 

Moto Guzzi V7 III Rough dikuasakan oleh enjin twin 750 yang mampu menjana kuasa mencecah 52hp dan tork 60Nm. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, rangkaian kuasa itu mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Jentera ini menggunakan instrimentasi tunggal berbentuk bulat yang memaparkan maklumat penting tunggangan seperti kelajuan, ikon pemeriksaan enjin dan sebagainya.

Sistem suspensi pula terdiri daripada jenis fork teleskopik hidraulik di hadapan dan lengan ayun ringan bersama dua penyerap hentak boleh laras untuk roda belakang.

Ia juga menggunakan rim lidi dengan dua saiz berbeza iaitu 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang. Kedua-dua rim itu kemudian dibalut dengan tayar berbunga tebal.

Tangki minyak berkapasiti 21 liter dan tahap penggunaan bahan api sekitar 5.5 liter bagi 100km pula membolehkan anda pergi lebih jauh pada hujung minggu.

GALERI

Google ads
Back to top button