Modifikasi

LAGENDA SI PELURU HIDUP – CIVIC EG TYPE R

Dari semua hatchback yang sezaman dengannya, Civic generasi kelima ini tentunya yang paling mudah untuk kita kesan di mana-mana. Gila tak rare, memandangkan ia sebuah kereta produksi massa, dan turut memiliki model SR3 untuk versi pemasangan tempatan.

Kalau ada kawan serumah cakap tak kenal, baik mintak dia berhenti dari arena motosport dan menceburi bidang menganyam ketupat sepenuh masa.

Berbanding model hatchback lain, Civic EG tidak memiliki orientasi sebagai jentera rali atau autocross. DNA yang diterapkan Honda ketika itu, lebih menjurus kepada kelajuan khususnya untuk kegunaan trek.

Dengan nisbah kepada berat serta pilihan enjin VTEC yang boleh disalin semula, ia boleh menguasai litar dengan catatan masa yang mengkagumkan.

Firdaus membeli kereta ini dalam keadaan separuh siap kira-kira dua tahun yang lalu. Nampak kurang kasih sayang katanya, tu yang dia sapu. Dari situ, kereta ini telah didandan semula sehensem mungkin, termasuk menyediakan pakej prestasi yang jauh lebih menarik.

BACA: HONDA CIVIC EK2D LEJEN

Apa? Civic Bullet takda VTEC? Pobondo kau jang. Takkan memanjang nak kura-kura bila kena kecam kat traffic light. Menyahut cabaran ini, sebuah enjin  B18C GSR telah digunakan bagi menggantikan enjin asal yang semakin lemau.

Kemasukan enjin baru ini, turut datang dengan pakej prestasi yang sepatutnya. Bahagian blok menempatkan set piston Wiseco 83mm, conrod Eagle, galas enjin King Bearing, termasuk crankshaft 2-liter dari enjin B20B.

Bahagian kepala silinder juga tidak ketinggalan menerima proses port & polish dari Nasty Port Flow, serta penggunaan set injap Supertech dan camshaft Skunk2 Pro 2.

Bekalan udara dibawa dari kotak angin kustom, terus ke throttle body 70mm Super90. Manakala suapan petrol pulak, datang dari pam petrol Walbro sebelum dipancit menggunakan set injektor H22A. Untuk talaan lebih sempurna, sistem pengurusan enjin kini diserahkan kepada unit ECU S300 dari Hondata.

BACA: CIVIC EG9 JDM

Roda depan dipacu kotak gear LSD S80 yang diambil dari Integra DC2R. Bagi mengelak masalah gelinciran, ia dilapik set klac OS Giken jenis Super Single. Akhir sekali rombakan semula pada sistem ekzosnya, bermula dengan penggunaan ekstraktor Hytech, binaan paip ekzos kustom, serta sebuah muffler Blox yang sangat ranum bunyinya. Baru boleh perang!

Keserian ruang dalaman disalin menggunakan komponen dari Civic EG6. Cuma panel pintu jer yang belum Firdaus jumpa. Sebagai kontra ruang depan diberi sepasang tempat duduk Recaro dari Integra DC2R. Juga disertakan beberapa aksesori tambahan yang lain, seperti panel dashboard karbon, stereng Momo Integra DC2, paparan meter Defi, serta unit Pivot Speed Meter V bagi menghilang masalah cut yang wujud sebelum ini.

Bahagian luar dikelirukan dengan kaler yang agak pelik. Bancuh dalam periuk karat agaknya. Walaupun masih menggunakan kit badan asal, ia turut diserikan dengan beberapa komponen kemasan karbon di bahagian hood, fender dan cermin sisi, termasuk tambahan lip dan spoiler dari Spoon.

Ruang roda isi rim Spoon Sports berukuran 15-inci, yang disaluti tayar Bridgestone Potenza RE003 dari saiz 195/50R-15. Di sebalik roda tersebut, tersemat set brek milik Integra DC2, bagi membantunya berhenti dengan selamat. Sistem gantungan pulak menerima set suspensi boleh laras IMP, termasuk padanan lengan bawah dan bar subframe Function7.

Walaupun Civic baru dah siap ada turbo, populariti Civic EG di kalangan pecinta kelajuan, belum menunjukkan tanda-tanda akan pupus. Dah 25 tahun kot. Tapi masih dijual pada harga yang berlipat kali ganda, berbanding model sebayanya…

-PAK MAUN-

GALERI

Google ads
Back to top button