Artikel Pilihan

PEUGEOT 206 WRC – LAGENDA KERETA RALI PERANCIS

Ini adalah kereta lumba rali lagenda milik Peugeot. Kereta lumba yang dibina berdasarkan model produksi massa, Peugeot 206 ini bukan calang-calang. Untuk pengetahuan, Peugeot 206 WRC  ini pernah merangkul kejuaraan WRC kategori Pembuat berturut-turut pada tahun, 2000, 2001, dan 2002. Jadinya janganlah kita pertikaikan taraf ke-lagenda-an kereta lumba rali ini.

BACA : MITSUBISHI LANCER WRC – WIRA YANG TELAH MENGHILANG

BACA : TEAM PEUGEOT TOTAL BERSEDIA UNTUK MUSIM BAHARU FIA WORLD RX DENGAN PEUGEOT 208 WRX

Selaku divisyen yang bertanggungjawab untuk memartabatkan dan mengangkat nama, Peugeot Sport telah membuat keputusan untuk penampilan semula ke kancah WRC dengan pengenalan model ini pada tahun 1999 debut pertamanya pada tahun tersebut adalah di Tour de Corse, Rali Perancis.

Dan bermula tahun 2000, pasukan Peugeot Sport yang mempertaruhkan gandingan pemandu dari Sweden Marcus Gronholm dan pemandu lokal Gilles Panizzi bagi memulakan cabaran WRC musim 2000. Hasilnya, gandingan ini berjaya merangkul podium pertama sebanyak enam kali (Gronholm empat kali dan Panizzi dua kali).

Hasilnya Marcus Gronholm berjaya muncul juara WRC kategori Pemandu dengan Peugeot muncul juara kategori Pembuat. Cukup handal gandingan ini bertahan sehingga ke tahun 2002.

Peugeot 206 WRC ini menggunakan enjin yang bersesaran 1997.4cc dengan pengecas turbo Garrett/Allied TR30R. Mempunyai kuasa sehingga 300hp dengan kuasa tujahan 525Nm menjadikan ianya adalah sebuah kereta lumba rali yang cukup buas dan laju.

Namun pada tahun 2003. dominasi 206 WRC ini berjaya disekat oleh rakan pengeluar senegara melalui kereta Citroen Xsara WRC dan terpaksa berpuas hati ditempat kedua keseluruhan. Dan apabila model 206 WRC ini sudah tidak lagi relevan untuk beraksi bagi musim berikutnya, Peugeot telah memperkenalkan 307 WRC, yang dibina berdasarkan model coupe cabriolet sebagai model gantian bagi bersaing dalam kelas tertinggi. Namun sayang, prestasi dan keputusannya tidaklah sebagus model sebelumnya.

Akhirnya Peugeot memutuskan untuk menarik diri dalam saingan WRC, meninggalkan Citroen sebagai wakil tunggal Perancis sahaja. Dan Peugeot kini cuma aktif dalam saingan Rally Cross sahaja.

Berbalik kepada model produksi massa Peugeot 206 ini, ianya juga kini sudah dianggap sebagai lagenda hatcback. Sebuah kereta bandar yang lincah. Dan kita juga bertuah, apabila Naza sudi untuk mendapatkan taraf natrulisasi melalui model Naza 206 Bestari. Kira DNA sang juara tu adalah mengalir, iya tak?

Google ads

B K

"
"
Back to top button