BuletinMotosikal

MOTOGP ARGENTINA: DANI PEDROSA TERPANTAS SESI FP1, HAFIZH SYAHRIN KE-11.

Sesi latihan pertama MotoGP di litar Termas De Rio Hondo Argentina semalam menyaksikan rekod pusingan terpantas litar masih lagi dipegang oleh Marc Marquez yang dibuat pada tahun 2014 dengan catatan 1:37.683 pada perlumbaan MotoGP empat tahun lalu.

Pada sesi latihan FP1 semalam persaingan dalam 10 minit terakhir merupakan kemuncak catatan menarik bagi kebanyakan pelumba. Andrea Iannone membuat catatan 1:40.422. Pada saat ini, Dani Pedrosa yang menunggang RC213V Model 2018 belum nampak pecutan maksimanya, malah beliau lebih perlahan dari Takaaki Nakagami yang menggunakan Honda RC213V Model 2017.

BACA: DUCATI-DOVIOSO UNGGUL DI MOTOGP QATAR

Namun segalanya berubah pada 5 minit terakhir di mana ia jadi time attack bagi kebanyakan pelumba. Dovizioso berada di tangga keempat dengan catatan 1:41 malah Hafizh Syahrin sempat mencatat pecutan pantas pada selekoh pertama di litar De Rio Hondo.

Pelumba yang memecut lebih konsisten, Ionnone yang pertama mencatat masa 1:40.386 sebelum dipintas Pedrosa dengan 1:40.303 dan Crutchlow. Akhirnya Dani Pedrosa menghabiskan FP1 dengan masa terpantas

Iannone mencatat 1:40,386 sebelum dipintas Pedrosa dengan 1:40,303 dan diikuti crutchlow. Dan akhirnnya sesi FP1 ini Dani Pedrosa muncul sebagai pelumba terpantas.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin juga cemerlang dalam Latihan Bebas FP1 ini dengan menduduki tempat ke-11, sekaligus merupakan pelumba rookie terpantas dalam saingan. Beliau lebih pantas dari Maverick Vinales.

 

Google ads
Back to top button