Buletin

HONDA NAIK TARAF ENJIN BOT – SERIUS NI, ENJIN BOT

Pengeluar seperti Kumpulan VW, Toyota atau Renault-Nissan adalah gergasi automotif dunia tetapi di mana letaknya Honda?

Honda masih tetap unggul sebagai syarikat kejuruteraan automotif komprehensif dengan produk untuk darat, air dan udara. Itu tidak termasuk mesin kecil seperti generator, mesin rumput dan alat pertanian lain.

Honda mempunyai kenderaan darat seperti kereta dan motosikal dan kenderaan udara seperti HondaJet. Untuk air, syarikat dari Jepun itu mempunyai jenama Honda Marine

Produk-produk Honda Marine terdiri daripada enjin bot dan bot angin. Walaupun Honda bukan pengeluar kereta terbesar atau tiga teratas atau lima teratas sekali pun tetapi mereka disebut-sebut sebagai pengeluar enjin pembakaran dalaman terbesar dunia.

Sama seperti Menara Berkembar Petronas yang bukan menara tertinggi dunia tetapi pemegang rekod menara berkembar tertinggi dunia. 

Untuk pemilik bot, Honda mempunyai beberapa enjin pertengahan (mid-range) seperti BF40, BF50, BF80 dan BF100. Supaya kekal relevan, Honda telah memperbaharui beberapa kelengkapan enjin bot agar ianya lebih cekap, tahan lasak dan senang untuk diselenggara.

Model-model itu dipamerkan pada Pertunjukan Bot Antarabangsa Southampton 2017 dari 15 hingga 24 September.

Apa yang baharu?

Unit Kawalan Elektronik (ECU) bukan sahaja terdapat pada kereta dan motosikal malah turut dilengkapi pada enjin bot memandangkan ia menggunakan teknologi Pancitan Bahan Api (EFI).

ECU enjin bot ini telah dinaik taraf supaya minyak dialirkan kepada enjin dengan cekap dan tepat bagi memastikan ia beroperasi lancar semasa prestasi maksimum dan pada masa sama menggunakan sedikit minyak.

Selain itu terdapat beberapa perubahan lagi yang telah dilakukan Honda seperti berikut:

  • Tahan lama
  • Senang diselenggara
  • Reka bentuk penutup enjin baharu
  • Dipenuhi dengan teknologi – Boosted Low Speed Torque (BLAST™), VTEC™ (Model BF100), EFI, Economy Controlled Motor (ECOmo) dan sambungan NMEA2000 untuk perkongsian data

Berikut pula ialah senarai harga enjin bot Honda (termasuk VAT):

  • BF40 – GBP 5,305 / RM 30,230.34
  • BF50 – GBP 6,205 / RM 35,358.95
  • BF80 – GBP 9,355 / RM 53,307.40
  • BF100 – GBP 9,655 / RM 55,016.89

Menariknya, kesemua enjin ini didatangkan dengan enam tahun waranti untuk kegunaan domestik dan dua tahun untuk kegunaan komersil. Honda Marine turut menawarkan latihan penggunaan kepada pembeli enjin ini.

Baca lagi beberapa produk menarik dari Honda:

Jet peribadi – HONDAJET JALANI UJIAN

Mesin rumput robotik – MESIN RUMPUT HONDA TYPE R & FIREBLADE – SERIUS INI BUKAN LAWAK

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”27″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button