MPAJ WUJUDKAN PUSAT SEHENTI KENDERAAN TERBIAR
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mewujudkan Pusat Sehenti Kenderaan Terbiar untuk menggalakkan orang awam menyerahkan kenderaan milik persendirian yang tidak digunakan lagi secara sukarela.
Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata usaha itu secara tidak langsung dapat membantu untuk mengawal lambakan kenderaan terbiar di tempat awam.

“MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.
“Perkara ini juga akan membantu mewujudkan persekitaran kawasan Ampang Jaya ke arah lebih baik,” katanya ditemui selepas mesyuarat penuh MPAJ.
Tambahnya jika sebelum ini proses pengurusan pelupusan terpaksa ambil masa enam hingga 12 bulan namun dengan adanya pusat sehenti kenderaan itu ia mempercepatkan lagi proses iaitu antara dua hingga empat bulan sahaja. – The Star
- BACA: GARA-GARA LOGO VW, SUBARU SAMBAR 1996 JDM DIRAMPAS DAN DILUPUSKAN OLEH KASTAM – PEMILIK PUTIH MATA
- BACA: TAWARAN £5000 UNTUK WARGA LONDON LUPUSKAN KERETA LAMA MEREKA – LUMAYAN TU
- BACA: ALIH DALAM MASA 14 HARI ATAU KERETA AKAN DITUNDA DAN DILUPUSKAN – DBKL
- BACA: THAILAND NAK LUPUS KENDERAAN LEBIH 20 TAHUN



