
TESLA TUBUH PASUKAN RAHSIA UNTUK BATAL TEMU JANJI, SEKAT ADUAN
Gara-gara terlalu banyak masalah, Tesla menubuhkan pasukan rahsia untuk membuat sekatan kepada pelanggan yang ingin membuat aduan.
Lebih spesifik, aduan dibuat oleh pelanggan adalah berkenaan jarak pemanduan.
Menurut pemilik kenderaan Tesla, pembuat EV itu hanya memaparkan unjuran ‘merah’ sejauh mana kereta boleh dipandu sebelum perlu dicas semula berbanding menunjukkan jarak pemanduan sebenar.

Akibatnya, syarikat itu dibanjiri dengan aduan daripada pemandu yang mahukan perisian ‘sebenar’ dimuatkan pada kenderaan.
Untuk menyekat jumlah aduan ini, disinilah peranan pasukan rahsia diperlukan untuk membatalkan janji temu bersama pemandu.
Reuters melaporkan, terdapat ratusan kes dibatalkan oleh pasukan rahsia tersebut.
Tesla bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan untuk memberi sebarang komen mengenai aduan serta kewujudan pasukan rahsia.
- BACA: PELANGGAN TESLA CYBERTRUCK PERLU KESABARAN TINGGI – TEMPOH PENGHANTARAN MAKAN MASA LIMA TAHUN
- BACA: TESLA BAKAL BUKA TEMPAHAN TESLA MODEL 3 OKTOBER NANTI, ANGGARAN HARGA RM160K
- BACA: PEMILIK BINGUNG BILA “PEDAL MINYAK” TESLA HAMPIR PUTUS DUA – EH DIA MANA PAKAI MINYAK
- BACA: TESLA PERKENALKAN CIRI BAHARU ‘CHARGE ON SOLAR’







