Artikel Pilihan

TAWARAN £5000 UNTUK WARGA LONDON LUPUSKAN KERETA LAMA MEREKA – LUMAYAN TU

Warga kota London ditawarkan £5000 (RM26,282) untuk melupuskan kereta lama mereka dengan enjin pembakaran dalaman dalam satu rancangan untuk memerangi pencemaran alam sekitar. Boleh tahan weh lumayan jumlah.

Bantuan wang itu bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan pemandu kurang upaya yang memiliki kereta yang tidak mematuhi piawaian Ultra Low Emission Zone (ULEZ) yang sangat ketat. Buat masa kini ULEZ dikuatkuasakan di bahagian London Utara dan South Circular Road yang memerlukan pemandu membayar £12.20 (RM64.13) sehari untuk memasuki zon tersebut. Mahal boh setiap hari kena bayar banyak tu.

Menjelang Ogos 2023 nanti hampir kesemua bahagian di London akan tertakluk kepada peraturan ULEZ yang mewajibkan semua kereta petrol mematuhi standard emisi Euro 4. Kenderaan disel pula mesti mematuhi standard Euro 6 yang dikuatkuasakan sejak 2015.

Hanya pemandu dengan kenderaan yang mesra kerusi roda akan layak menikmati bayaran penuh £5000 yang boleh digunakan untuk melupuskan kereta lam mereka ataupun mengubahsuai kereta lama mereka supaya patuh syarat ULEV.

Dengan kata lain mereka diberi pilihan untuk menaiktaraf enjin agar patuh piawai ULEZ ataupun mengubahnya kepada kenderaan berkuasa elektrik. Eleh, ingat senang ke?

Pemandu biasa tanpa kecacatan dan mempunyai faedah sekuriti sosial boleh memohon sehingga £2500 untuk melupuskan kereta ataupun motosikal mereka yang tidak patuh ULEZ. Syarikat perniagaan dan badan kebajikan pula boleh menuntut sehingga £9500.

Tapi sudah tentu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum boleh memohon geran ini. Antaranya ialah ia mesti berdaftar dengan DVLA (alah macam JPJ kat sini la) dan memiliki cukai jalan yang sah serta sijil MOT. Pemilik juga mesti berdaftar sebagai pemilik sekurang-kurangnya selama 12 bulan. Mana boleh beli kereta lama hari esok terus nak claim duit.

Menarik idea ni dan jumlahnya pun boleh dikatakan berbaloi dengan harga kereta di sana. Agak-agak lepas ni menteri mana pulak nak bagi cadangan skrap kereta lama. Dah lama senyap isu ni.

Google ads
Back to top button