Buletin

MXGP 2023 DIADAKAN DI SUMBAWA DAN LOMBOK – TAWAR PAKEJ MENARIK UNTUK PEMINAT

Kejohanan motocross dunia, Motocross Grand Prix atau MXGP edisi 2023 akan diadakan di dua lokasi di Indonesia iaitu di Lombok dan Sumbawa.

Bertempat di Sumbawa, acara itu berlangsung pada 25 Jun di kawasan tanah Samota, Kecamatan Berang Biji, Kabupaten Sumbawa manakala lokasi kedua, Lombok, perlumbaan bermula 2 Julai di kawasan Lapangan Terbang Lama Selaparang.

Menurut Penyelaras Lapangan MXGP 2023 Indonesia, acara ini disesuaikan dengan kehendak penganjur terutamanya mengenai keadaan trek yang sesuai untuk gelaran MXGP 2023 nanti.

Sebelum ini, MXGP di Sumbawa telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan edisi 2023 dapat menyajikan satu perlumbaan lebih menarik.

TAWARAN PAKEJ KE MXGP EDISI 2023 DI SUMBAWA DAN LOMBOK

Memeriahkan lagi MXGP 2023, West Nusa Adventures menjalin kerjasama bersama Route 77 dan Touratech Malaysia bagi menawarkan pakej menarik untuk menyaksikan MXGP 2023.

Pakej ditawarkan ialah Lombok MXGP 3 hari 2 malam, Sumbawa MXGP 4 hari 3 malam dan Sumbawa MXGP 8 hari 7 malam.

PAKEJ LOMBOK 3 HARI 2 MALAM

Pakej ini bermula pada harga RM3,750 untuk dua orang, RM3,450 (3 – 4 orang), RM3,125 (5 – 6), RM2,835 (7 – 10 orang), RM2,500 (10 – 15 orang), RM 2,250 (15 -20 orang) dan RM2,125 (20 orang ke atas).

Untuk makluman, harga tersebut termasuklah tempat penginapan di Hotel terpilih di Senggigi atau kawasan terpilih, perkhidmatan pengangkutan serta tiket VIP MXGP 2023.

PAKEJ SUMBAWA MXGP 4 HARI 3 MALAM

Sementara itu, pakej Sumbawa MXGP 4 hari 3 malam pula boleh didapatkan pada harga RM6,875 (2 orang), RM6,575 (3 – 4 orang), RM6,250 (5 – 6 orang), RM5,960 (7 – 10 orang), RM5,625 (10 – 15 orang), RM5,313 (15 – 20 orang) dan RM5,000 (20 orang ke atas).

Perincian lain adalah sama seperti yang terdapat pakej Lombok 3 hari 2 malam dan harga pakej Sumbawa MXGP 4 hari 3 malam tidak termasuk tiket penerbangan serta perbelanjaan peribadi.

Selain itu, terdapat juga satu lagi tawaran 4 hari 3 malam di Sumbawa namun mempunyai beberapa perbezaan antaranya 3 kali sarapan di hotel, makan tengahari disediakan dua kali selain menyediakan makan malam sebanyak tiga kali di restoran tempatan.

Perbezaan lain ditawarkan ialah anda akan menginap di hotel di Sumbawa Besar untuk satu malam.

Dari segi harga, pakej ini menawarkan harga RM6,250 (2 orang), RM5,950 (3 – 4 orang), RM5,625 (5 – 6 orang), RM5,335 (7-10 orang), RM5,000 (10 – 15 orang), RM4,688 (15 – 20 orang) manakala harga untuk 20 orang ke atas bernilai RM4,375 sahaja.

PAKEJ SUMBAWA 8 HARI 7 MALAM

Akhir sekali, pakej Sumbawa 8 hari 7 malam membolehkan anda menginap di hotel di Senggigi atau hotel di kawasan berdekatan selama empat malam manakala tiga malam berikutnya, anda dibawa ke hotel di Sumbawa Besar selama tiga malam.

Harga yang dikenakan untuk pakej ini bermula RM10,313 (2 orang), RM9,700 (3 – 4 orang), RM9,375 (5 -6 orang), RM8,960 (7 – 10 orang), RM8,813 (10 – 15 orang), RM8,188 (15 – 20 orang) dan RM8,125 (20 orang ke atas).

Maklumat penting perlu anda ketahui, kesemua pakej ini tidak termasuk tiket penerbangan serta perbelanjaan peribadi dan harga dinyatakan adalah untuk bagi setiap seorang.

Google ads
Back to top button