Artikel Pilihan

10 TREND & TEKNOLOGI AUTOMOTIF YANG MEREPEK PADA TAHUN 2023

Saluran Youtube Carwow telah menyenaraikan 10 trend dan juga teknologi dalam dunia automotif yang merapu dan patut dihentikan dengan segera. Teknologi yang diperkenalkan ini tidak memberikan banyak manfaat, berasaskan keuntungan semata-mata dengan rekaan merapu.

Setelah menonton video ini, penulis sangat bersetuju dengan senarai 10 trend merapu dalam dunia automotif seperti dalam video tersebut. Antara trend atau teknologi merapu ini termasuklah:

1. Yoke System – atau roda stering yang direka supaya kelihatan lebih sporti dan futuristik, dengan bahagian atas dan bawah dipotong sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemandu yang baru bertukar daripada roda stering kepada sistem yoke akan sukar untuk beradaptasi dengan rekaan baru sebegini terutama ketika memutarkan stering sepenuhnya untuk melakukan pusingan u atau memarkir kenderaan

2. Ciri moden yang perlu dilanggan – bayangkan anda pernah diberikan beberapa ciri moden pada kereta anda selama 3 tahun, masuk tahun ke 4 ciri tersebut akan ditarik balik melainkan anda membayar duit langganan kepada syarikat kereta. Sakit hati jugak kan, dah la beli kereta mahal, nak guna kena subscribe. Jadahnya..

3. Penutup rim yang dihasilkan daripada plastik – biasa dipasang pada kereta elektrik dengan tujuan aerodinamik dan kecekapan tenaga. Jika ia dipasang, penggunaan tenaga elektrik akan menurun dan menjadi lebih cekap. Masalahnya ialah ia dihasilkan daripada plastik dan harganya mahal.

4. Tiada pengelap cermin belakang untuk crossover – apa yang penulis ingat, cermin belakang mesti dipasang dengan pengelap cermin bagi membolehkan pemandu mencuci cermin belakang. Ini bagi memastikan cermin belakang tidak menghalang pemandu dan menjejaskan keselamatan. Namun banyak crossover yang baru dihasilkan tidak diberikan pengelap cermin belakang

5. Rekaan malas – salah satu ciri moden ialah ia akan dipasang dengan brek automatik dan juga sistem pemanduan automatik adaptif. Semua ciri ini memerlukan pengeluar memasang sistem radar pada bahagian depan terutama di bahagian belakang logi jenama. Tapi ada beberapa pengeluar memutuskan adalah lebih bagus membiarkan radar ini tersembul di bahagian depan kereta sehingga menyebabkan rekaan menjadi buruk

6. Bunyi palsu – kereta elektrik tidak menghasilkan bunyi, jadi agensi keselamatan Eropah memutuskan mulai tahun 2019 kereta elektrik wajib mengeluarkan bunyi bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan juga penunggang basikal. Tapi bunyi yang dihasilkan adalah sangat palsu dan buruk

7. Kereta menjadi semakin berat – isu berat adalah isu sejagat kerana bukan sahaja pemandu menjadi gemuk, malah kereta menjadi gemuk dan bertambah berat. Berat yang berlebihan akan memberi tekanan kepada penyerap hentak, sistem brek dan juga cesi sewaktu impak kemalangan

Ini adalah antara beberapa isu yang diutarakan oleh Matt Watson, iaitu pengacara Carwow dan anda boleh menonton 3 lagi senarai yang menjengkelkan ini dalam video di bawah.

Google ads
Back to top button