Motosikal

NAIK 16HP DENGAN AKRAPOVIC

Pengeluar sistem ekzos dan peredam terkemuka dunia dari Slovenia, Akrapovic kini ada berita baik buat pemilik Kawasaki Ninja ZX-10R tahun 2016.

kawasaki-ninja-zx-10r-akrapovic-exhaust-mekanika (5)

Ini kerana mereka boleh menambah kuasa dan tork jentera mereka sehingga 16hp apabila memasang komponen aftermarket daripada Akrapovic.

Komponen Evolution Line Carbon dikatakan berupaya meningkatkan kuasa Ninja anda daripada 185.2hp @ 13,150rpm menjadi 195.1hp @ 13,200rpm. Malah, boost kuasa maksimum sudahpun boleh diperah pada 6,700rpm.

kawasaki-ninja-zx-10r-akrapovic-exhaust-mekanika (3)

Penambahan 16.5hp sememangnya akan memberi perbezaan prestasi ketika berada di atas litar lumba.

Jumlah tork juga semakin bagus selepas sistem ekzos ini dipasang. Sistem Ex-Works misalnya mampu memberikan tork sebanyak 108.8Nm. Tetapi selepas naik taraf dengan kit Akrapovic, jentera anda dapat menghasilkan tork mencecah 113.4Nm @ 11,250rpm.

kawasaki-ninja-zx-10r-akrapovic-exhaust-mekanika (4)

Pada masa yang sama, sistem penuh Akrapovic ini boleh membuatkan motosikal 5.4kg lebih ringan.  Ini kerana sistem ekzos standard adalah seberat 9.3kg, sedangkan unit aftermarket ini hanya 3.9kg, 58.1 peratus lebih ringan.

Kit Evolution Line Carbon juga menambah bunyi ekzos menjadi 102 dB @ 6,500rpm. Pemasangannya mudah dan hanya perlu mengambil masa sekitar 90 minit untuk  disiapkan, termasuk reflash ECU.

Google ads
Back to top button