Buletin

BMW X1 & BMW X4 KINI CKD

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua model pemasangan tempatan yang baru.

BMW-X1-X4-CKD-2016-mekanika (12)

BMW X1 dan BMW X4 menjadi model kesembilan dan kesepuluh yang menyertai portfolio kenderaan BMW yang dipasang di Malaysia.

“BMW X1 dan BMW X4 baharu CKD ini menjadi bukti komitmen dan pelaburan jangka masa panjang kami kepada Malaysia selaku satu hab strategik untuk BMW Group di rantau Asia Tenggara.

“Secara keseluruhannya, kilang pemasangan BMW di Kulim kini memasang lebih 20 varian kenderaan BMW dan MINI di negara ini,”  kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

BMW-X1-X4-CKD-2016-mekanika (13)

BMW X1 CKD

Sebagai sebuah Kenderaan Aktiviti Sports (SAV) paling sporty dalam kelasnya, BMW X1 menyerlahkan aspek rugged dan atletik melalui bentuk baji yang dinamik, sudut arca roda dan posisi sel penumpang yang lebih ke tengah.

Bahagian hadapannya dipasang dengan lampu utama, lampu nyalaan siang dan lampu parkir  LED, lampu membelok dan lampu agihan adaptif. Manakala di bahagian belakang pula menampilkan lampu LED berbentuk L yang lebar.

BMW-X1-CKD-mekanika (5)

Perbezaan paling ketara BMW X1 CKD baharu adalah dari segi kefungsian, keselamatan dan keselesaannya. Posisi duduk yang dinaikkan sebanyak 40mm memberikan pemandu dan penumpang beberapa faedah. Antaranya pandangan sekeliling yang lebih baik, sekali gus memberi keselamatan tambahan ketika berada di atas jalan raya.

BMW X1 CKD digerakkan oleh enjin bersesaran 2.0 liter dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang mampu menjana 192hp dan tork puncak 280Nm.

BMW-X1-CKD-mekanika (4)

Kuasa tarikan serta-merta membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 7.7 saat dengan pecutan maksimum 225km/j. Purata penggunaan bahan api ialah sekitar 5.9 kilometer bagi setiap 100km. Manakala emisi C02 berada pada 136 grams bagi setiap kilometer.

Angka-angka yang mengagumkan ini kemudian digabungkan dengan ciri BMW EfficientLightweight dan aerodinamik yang sofistikated untuk meminimumkan seretan serta meningkatkan penjimatan bahan api BMW X1 CKD.

BMW-X1-CKD-mekanika (1)

Semua ini disempurnakan dengan teknologi termaju dalam segmennya serta pilihan sistem bantuan pemandu dan perkhidmatan mobiliti yang pelbagai daripada BMW ConnectedDrive.

Perkhidmatan dan aplikasi BMW ConnectedDrive merangkumi Panggilan Kecemasan Pintar, Khidmat Concierge dan Remote Services. Sementara sistem Bantuan Pemandu BMW ConnectedDrive ialah Parkir Pintar dan BMW Navigation Professional.

BMW X1 CKD didatangkan dalam warna putih, hitam, kelabu, dan Sparkling Storm untuk varian petrol. Manakala warna hitam, putih, kelabu, perak, dan biru pula untuk varian diesel. Ia turut didatangkan bersama pilihan warna upholsteri kulit Dakota berwarna hitam, merah dan coklat.

BMW-X1-X4-CKD-2016-mekanika (14)

BMW X4 CKD

BMW X4 diperkenalkan buat pertama kali sebagai penerus inovasi BMW dalam segmen Coupe Aktiviti Sport (SAC) bersaiz sederhana. Kini sudah dipasang di dalam negara, BMW X4 sekali lagi menawarkan satu konsep kenderan yang luar biasa dan revolusionari.

BMW X4 CKD dijana oleh enjinpetrol empat silinder bersesaran 2.0 liter yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 245hp dan tork puncak 350Nm. Ia kemudian  dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

BMW-X1-X4-CKD-2016-mekanika (10)

Pecutan dari 0 hingga 100km/j boleh dicapai dalam masa hanya 6.4 saat. Angka itu kemudian digabungkan dengan purata penggunaan bahan api sekitar 7.3 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 sebanyak 169 gram untuk setiap satu kilometer.

Keseronokan pemanduan BMW X4 CKD baharu terus dipertingkatkan melalui sistem pacuan semua roda pintar BMW xDrive dan Performance Control. Kedua-duanya didatangkan sebagai ciri standard.

BMW-X4-CKD-mekanika

Apa yang pasti, BMW X4 CKD menjadi peneraju dalam aspek  ketersambungan di dalam kenderaan melalui satu set  ciri BMW ConnectedDrive. Ia merangkumi rangkaian pelbagai sistem Bantuan Pemandu, Perkhidmatan serta Aplikasi. Antaranya ialah  Intelligent Emergency Call, Concierge Services dan Remote Services.

Warna-warna untuk BMW X4 CKD ialah putih, hitam, kelabu, perak dan merah. Pilihan upholsteri dalaman pula ialah kulit berwarna coklat (Leather Nevada Mocha) dan hitam (Leather Nevada Black).

Google ads
Back to top button