Peranti

KONVENSYEN LG 2016 TAMPIL INOVASI TERBAIK

LG Electronics (LG) memperkenalkan rangkaian inovasi terbaharunya pada Konvensyen LG 2016 baru-baru ini. Dengan tema ‘Future of Home’, konvensyen tersebut mengetengahkan sejumlah teknologi produk hiburan dan perkakasan rumah termaju di dunia. 

LG-OLED-TV-mekanika (1)

Konvensyen LG 2016 diterajui oleh tiga inovasi utama iaitu LG 4K OLED TV, LG TWIN Wash™ dan siri LG CordZero™.

LG komited untuk menghasilkan produk yang jimat tenaga tanpa perlu mengorbankan aspek prestasi atau gaya. Jenama ini diiktiraf oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar U.S (EPA) sebagai Rakan 2016 ENERGY STAR Tahunan Terbaik – Anugerah Kecemerlangan Kelestarian.

LG-OLED-TV-mekanika (3)

LG 4K OLED TV

4K OLED TV merupakan satu TV yang mempunyai pakej lengkap yang menawarkan julat dinamik tinggi (HDR), nisbah kontras tiada batasan dan reka bentuk lebih nipis.

Warna-warna juga lebih realistik kerana TV boleh memaparkan warna putih dan hitam yang paling putih dan paling hitam demi menghasilkan kualiti imej yang hebat. Keupayaan ini memastikan imej dapat dipaparkan dalam warna hitam dan warna-warna lain dengan sempurna. Sekali gus menjadikan 4K OLED TV LG medium ideal untuk menonton format HDR dan Dolby Vision.

Bukan itu sahaja, LG 4K OLED TV sangat berbeza dengan paparan LCD konvensional kerana lampu belakang LED memalapkan keseluruhan bahagian skrin. Teknologi piksel yang menyala sendiri di dalam OLED membolehkan setiap piksel pada panel OLED dinyala dan dimatikan secara individu.

LG-OLED-TV-mekanika (4)

LG 4K OLED TV hadir dalam bentuk yang menarik dan moden. Pada masa sama mengekalkan rekaan premium televisyen OLED LG yang tersendiri. Dilengkapi konsep Picture-on-Glass unik LG – teknologi pertama yang diperkenalkan di pasaran ini – LG 4K OLED TV menyerlahkan aura dan sofistikasi.

4K OLED TV LG itu boleh ditonton dari mana-mana sudut dan dapat disesuaikan dalam apa jua persekitaran. LG TV diletakkan di atas kaki dengan rekaan elegan yang turut disertakan bersama unit pembesar suara Harmon/Kardon bersepadu.

LG-TWIN-Wash-mekanika (1)

LG TWIN Wash™

Mesin basuh muatan berkembar menampilkan rekaan yang pertama di dunia. Sistem TWIN Wash™ yang revolusionari itu membolehkan pengguna membasuh dua muatan pakaian berbeza pada masa yang sama.

Dengan pembasuh mini yang kecil pada bahagian kekaki, tempoh kitaran keseluruhan telah dikurangkan dengan dua pusingan basuhan yang dijalankan serentak menerusi kompartmen berasingan.

LG-TWIN-Wash-mekanika (3)

Sistem TWIN Wash™ juga menawarkan faedah tambahan kerana ia membolehkan pengguna mengasingkan pakaian – pakaian sensitif daripada baju biasa, baju putih daripada pakaian berwarna, pakaian yang benar-benar kotor dengan pakaian yang kurang kotor. Ini bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan, malah dapat memanjangkan hayat pakaian anda.

Reka bentuk mesih basuh-pengering LG baharu yang ergonomik itu sememangnya sangat memudahkan. Pintunya diselarikan dengan bahagian tengah dram, diposisikan sedikit tinggi berbanding model mesin basuh konvensional. Ia juga dinaikkan sedikit supaya lebih mudah diakses pada sudut enam darjah.

LG-TWIN-Wash-mekanika (5)

Jadi, pengguna tidak perlu terlalu membongkok untuk memasukkan atau mengeluarkan pakaian. Tahap pandangan apabila pintunya ditutup juga ditingkatkan. Manakala kotak gelongsor yang baru direka pada bahagian atas mengurangkan risiko tumpahan bahan pencuci.

TWIN Wash™ LG baru-baru ini dinamakan sebagai “30 Produk Paling Inovatif 2016” oleh majalah rumah terkenal, Better Homes and Gardens Beautiful Kitchens & Baths, seterusnya mengiktiraf inovasi membasuh pakaian yang pertama dalam industri.

LG-CordZero-mekanika (5)

LG CordZero

Satu lagi produk yang pertama dalam segmen perkakasan rumah ialah siri CordZero™ LG yang menampilkan Canister, Handstick dan Hom-Bot. CordZero™ Canister yang dikuasakan oleh RoboSense™ diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia. Teknologi ini membolehkan pengguna untuk tidak perlu membawa silinder di atas hosnya ketika membersihkan rumah.

CordZero™ Handstick menggunakan satu bateri lithium-ion binaan dalam Dual Power Pack™ yang inovatif. Ia mampu menawarkan kuasa menyedut mencecah 200 watt dan membolehkan anda melakukan tugas membersih sehingga 40 minit dalam mode kuasa yang biasa.

LG-CordZero-mekanika (4)

Hom-Bot LG pula terus menjadi produk kegemaran ramai, terima kasih kepada ciri pembersihannya yang pintar, berkuasa dan pantas. Dilengkapi teknologi pintar, Hom-Bot mampu mengingati kerja-kerja pembersihan anda sebelum ini dan memastikan setiap sudut rumah anda sentiasa bersih – termasuklah kawasan yang sering anda terlepas pandang.

Sebagai tambahan, siri CordZero™ turut menampilkan Smart Inverter Motor™ LG untuk menawarkan prestasi terbaik, selain tahap kecekapan dan ketahanan yang telah dipertingkatkan dalam saiz lebih kompak.

LG-CordZero-mekanika (1)

Konvensyen LG 2016 turut mengetengahkan inovasi-inovasi LG yang lain seperti SUPER UHD TV, pembesar suara di rumah, peti sejuk, mesin basuh muatan atas dan bawah, pendingin hawa, pencuci pinggan serta banyak lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web: www.LG.com.

Google ads
Back to top button