Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT 408 e-THP

Nasim Sdn. Bhd. hari ini melancarkan sedan 408 e-THP ke pasaran tempatan.

Peugeot-408-e-THP-2016-mekanika (7)

Untuk makluman, sedan segmen C ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012. Ia menjadi salah model paling laris Peugeot dengan jualan lebih 5,000 unit.

408 e-THP dibina di atas platform Efficient Modular Platform2 (EMP 2). Kerangka ini 140kg lebih ringan, memiliki titik graviti lebih rendah, stabil dan kurang komponen teknikal. Semua ini kemudian diterjemahkan kepada kualiti pemanduan yang dinamik dan seimbang.

Peugeot-408-e-THP-2016-mekanika (9)

Peugoet 408 e-THP dijana oleh unit enjin turbo bertekanan tinggi (twin scroll turbo high pressure, THP). Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 167PS dan tork 245Nm. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan QuickShift, sedan ini menjanjikan penjimatan bahan bakar sekitar 6.5 liter bagi setiap 100km.

Jadi, dengan satu tangki penuh, anda boleh mencatat perjalanan sejauh lebih 800km, bergantung kepada corak pemanduan dan faktor pemboleh ubah yang lain.

Peugeot-408-e-THP-2016-mekanika (2)

Model serba baharu ini nyata menyerlah dengan garis siluet kontur badan yang elegan. Wajah hadapan nampak garang dengan logo bersaiz besar, gril radiator krom, lampu utama LED automatik, lampu sisi dan belakang LED. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aloi ringan dua tona ‘Rubis’ bersaiz 17 inci.

Ruang kabin pula mengaplikasikan konsep rekaan Peugeot i-Cockpit. Kokpit ini terdiri daripada empat komponen iaitu stereng sport, panel instrumen, konsol tengah dan skrin sentuh multi fungsi HD bersaiz 9.7 inci.

Peugeot-408-e-THP-2016-mekanika (10)

Antara ciri premium lain termasuklah tempat duduk dibalut kulit, sistem bunyi High Fidelity Arkamsys dengan enam unit pembesar suara, kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan pula, jentera ini dilengkapi enam beg udara, sistem brek ABS, kerangka tegar (Reinforced Safety Structure, Electronic Stability Program (ESP) dan Advanced  Intelligent Traction Control.

Peugeot-408-e-THP-2016-mekanika (1)

Peugoet 408 e-THP didatangkan dalam enam warna menarik iaitu putih, perak, kelabum hitam, merah dan biru. Ia boleh dimiliki pada harga RM143,888 seunit (di atas jalan.

Google ads
Back to top button