Buletin

NAZA KIA SAH LANCAR STINGER MINGGU DEPAN

Selepas agak lama berteka-teki tentang adakah model Stinger akan dilancarkan ke pasaran Malaysia atau tidak, Naza Kia akhirnya mengesahkan bakal memperkenalkan jentera tersebut minggu depan.

Stinger sebelum ini pernah membuat penampilan pada acara MAI Malaysia Autoshow 2017. Pada ketika itu, Naka Kia menyatakan ia bertujuan untuk mengukur sejauh mana minat pengguna tempatan terhadap model grand tourer tersebut.

Ketika itu, varian GT dengan pemanduan sebelah kiri yang dipamerkan. Ia dilengkapi enjin Lambda twin turbo V6 bersesaran 3.3 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 365hp dan tork 510Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan generasi kedua yang dibangunkan sendiri oleh Kia.

Dengan kuasa itu, Stinger boleh mencatat kelajuan 0-100km/j dalam masa hanya 4.7 saat dan pecutan maksimum 268km/j.

Selain enjin itu, Kia ada menawarkan Stinger dengan enjin lebih kecil iaitu twin-scroll turbo bersesaran 2.0 liter berkuasa 255PS dan tork 353Nm.  

Diposisikan di bawah model Optima GT, Stinger menjadi pesaing jepada model-model sepertu Audi A5 dan BMW 4 Series Gran Coupe. Stinger juga merupakan sedan pertama Kia yang dipasang dengan sistem pacuan roda belakang atau semua roda.

Lebih menarik lagi, varian GT didatangkan dengan sistem Dynamic Torque Vectoring Control untuk pengendalian lebih mantap.

Google ads
Back to top button