Buletin

NAZA TOWER SIAP BEROPERASI

Syarikat Kumpulan Naza melancarkan bangunan ikoniknya yang pertama Naza Tower. Bangunan 50 tingkat itu terletak di Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. Pelancaran itu adalah sempena ulang tahun ke-40 syarikat konglomerat bumiputra berkenaan.

Naza-Tower-mekanika12

Dalam ucapannya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Syarikat Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata pelancaran berkenaan merupakan satu momen bersejarah dan signifikan secara peribadi serta buat keluarganya.

“Meraikan ulang tahun ke-40 syarikat kami  dengan siapnya Naza Tower ini yang menjadi visi bapa kami dan pengasas syarikat ini, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin.

“Lokasinya yang strategik, berhampiran dengan pusat membeli-belah dan pusat komersial Kuala Lumpur akan membuka ruang untuk peniaga serta penyewa komersial tempatan dan antarabangsa. Ditambah pula dengan akses mudah melalui Jalan Tun Razak dan lebuh raya utama,” katanya.

Bangunan pejabat berkenaan mempunyai ruang net lettable area (NLA) lebih daripada 500,000 kaki persegi. Berdiri dengan atar langit Kuala Lumpur, menara yang diiktiraf sebagai ‘Green Building Index’ (GBI) itu merupakan sebahagian daripada RM4 bilion Platinum Park. Ia turut menyediakan 677 ruang parkir.

Menara Naza mempunyai bentuk helik yang unik. Ia mewujudkan kesan rekaan ‘berpusing ke atas’. Setiap pelan lantai adalah sama tetapi ditetapkan beberapa darjah mengikut arah jam dari tingkat bawah. Ia memberikan menara struktur inovatif yang menyediakan pemandangan menarik kota metropolitan Kuala Lumpur.

Pada masa akan datang, Naza Tower merancang untuk menyediakan restoran dan café antarabangsa pada tingkat bawah dan tingkat 50.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button