Buletin

PREBIU NISSAN NP300 NAVARA

Petang tadi, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan trak pikap terbaharunya, Nissan NP300 Navara kepada sekumpulan wartawan di kilang pengeluarannya di Segambut, Kuala Lumpur.

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (7)

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 26 November depan, NP300 Navara dijanga menjadi satu lagi produk penting buat ETCM. Trak pikap yang sudah lama ditunggu-tunggu itu sudah dibuka untuk tempahan sejak pertengahan bulan lalu.

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (9)

NP300 Navara yang dibawa masuk ke pasaran dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand itu akan ditawarkan menerusi enam varian dengan satu varian single cab. Harga anggaran dan varian yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (5)

Semua varian ini dijana oleh unit enjin empat slinder sebaris DOHC 16 injap VGS Turbo Intercooler. Namun begitu, enjin bagi varian VL ditala untuk menjana kuasa maksimum 190PS, manakala varian-varian lain terpaksa berpuas hati dengan kuasa 163PS. Kuasa tork juga berbeza iaitu 450Nm untuk VL dan selebihnya 403Nm.

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (14)

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik tujuh kelajuan (pertama dalam kelasnya) atau transmisi manual enam kelajuan.

Selain kotak gear automatik, NP300 Navara memperkenalkan banyak ciri yang pertama dalam segmennya. Antara yang paling menonjol pastinya penggunaan suspensi belakang jenis multi-link. Hanya varian single cab yang menggunakan suspensi jenis dedaun (leaf).

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (13)

Menurut ETCM, penggunaan suspensi jenis multi-link adalah untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa kepada pelanggannya. Tahap keselesaan itu pastinya sepadan dengan kualiti serta ciri dalaman yang seperti sebuah kenderaan penumpang.

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (16)

Bukan itu sahaja, trak pikap ini juga menampilkan ciri-ciri baharu seperti spoiler belakang, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, tempat duduk yang diinspirasikan daripada graviti sifar dan lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) untuk varian VL.

Untuk ruang kabin pula, kemewahan dan keselesaan dioptimumkan menerusi ciri butang kawalan pada stereng, paparan Advanced Drive Assist Display (ADAD), tempat duduk dibalut kulit, butang penghidup enjin,  pendingin hawa dua zon dan banyak lagi (bergantung kepada varian yang dipilih).

preview-Nissan-NP300-Navara-mekanika (12)

NP300 Navara didatangkan dalam empat warna menarik iaitu oren, perak, hitam dan putih.

Jika anda berminat untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji NP300 Navara, jangan lupa untuk mengunjungi carnival pandu ujinya. Jadual adalah seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
14 – 15 Nov Tengah ETCM Glenmarie, Selangor
Utara ETCM Butterworth, Pulau Pinang
ETCM Ipoh, Perak
Selatan ETCM Johor Jaya, Johor Bahru
ETCM Seremban, Negeri Sembilan
Pantai Timur ETCM Kuantan, Pahang
20 – 21 Nov Utara ETCM Sg.Petani, Kedah
21 – 22 Nov Tengah ETCM Petaling Jaya, Selangor
ETCM Southgate, Kuala Lumpur
Selatan ETCM Semabok, Melaka
Pantai Timur ETCM Kota Bahru, Kelantan
Malaysia Timur ETCM Kota Kinabalu, Sabah
ETCM Kuching, Sarawak

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button