Buletin

NIKMATI KEMERIAHAN VOLKSWAGEN FEST 2022. ADA ID.4 PRO, JENTERA KLASIK VW, MUZIK DAN MACAM-MACAM LAGI!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka tirai acara Volkswagen Fest 2022 yang berlangsung pada hari ini dan esok (15-16 Oktober 2022) di Sentul Depot, Kuala Lumpur. 

Bagi peminat Volkswagen dan Audi, anda harus datang ke sini kerana ia menampilkan pelbagai model yang dijual di pasaran Malaysia. Pengunjung boleh memandu uji kereta yang didamkan, selain menikmati pelbagai jenis juadah dan aktiviti menarik yang disediakan. 

Anda boleh melihat secara dekat banyak model-model ikonik Volkswagen seperti Golf, Beetle, Kombi, Beetle, Scirocco, Karmann Ghia dan Corrado yang cantik dijaga rapi.  Kalau hendak melihat dengan lebih dekat SUV elektrik ID.4 Pro, ia juga ada dipamerkan. 

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan beberapa orang penyanyi jemputan termasuklah An Honest Mistake, Saint Kylo dan Victor Trixter. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Zeem Ahmad dan Qhoirunnisa di Football Arena.

Pemilik Volkswagen boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan percuma 20 poin yang ditawarkan menerusi pendaftaran di aplikasi Volkswagen App. Pasukan Das WeltAuto juga ada untuk mereka yang berminat untuk membeli model terpakai Volkswagen. 

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi dan merasai kemeriahan Volkswagen fest 2022. Waktu operasi bermyla 10am hingga 10pm (Sabtu) dan 10am-8pm pada Ahad.

Google ads
Back to top button