Buletin

VW ID.4 PRO DIPERTONTON DI SENTUL DEPOT. 201HP/309NM, 402KM SEKALI CAJ

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mempertontonkan buat pertama kali kenderaan elektrik (EV) ID.4 Pro di Malaysia pada acara Volkswagen Fest yang berlangsung Sabtu dan Ahad di Sentul Depot. 

SUV EV berkenaan dijangka menjadi antara model yang bakal diperkenalkan oleh VPCM ke pasaran tempatan. Walaupun masih tiada harga diumumkan setakat ini, ID.4 pasti akan menjadi pilihan peminat EV apabila ia dilancarkan kelak. 

ID.4 Pro dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 823kWh yang mampu menjana kuasa 201hp dan tork 309Nm. Jentera pacuan roda belakang itu boleh bergerak sejauh 402km dengan sekali caj penuh. 

Sebagai sebuah EV, ID.4 Pro berupaya memecut dari 0-100km/j dalam mada hanya 8.5 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 160km/j. 

Dari segi pengecasan pula, SUV berkenaan boleh dicaj menggunakan pengecas AS 11kW dan pengecasan pantas (DC) 125kW. 

Bahagian hadapan ID.4 Pro diserlahkan dengan logo VW besar yang diapit oleh sepasang lampu LED nipis dan bampar bawah honeycomb berwarna hitam. Melihat dari arah sisi, ia dilengkapi rim dua tona bersaiz 19 inci, roof rails, selain cladding hitam pada arca roda dan skirting sisi.

Rekaan belakang pula tampil ringkas dengan gugusan lampu LED yang sekali pandang kelihatan tidak jauh berbeza dengan Honda HR-V baharu, spoiler dan bampar berwarna hitam. 

Masuk ke ruang kabin, pengguna dihidangkan dengan susun atur yang sangat ringkas. Papan pemuka dihuni oleh satu skrin sentuh Discover Pro Max bersaiz 12 inci, ID. Light, pad pengecasan tanpa wayar, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang dan banyak lagi. 

GALERI

Google ads
Back to top button