Buletin

NILAI JUALAN SEMULA KERETA TERPAKAI HYUNDAI KINI SETARA DENGAN MODEL JENAMA JEPUN

Hyundai-Sime Darby memberitahu pihaknya menyaksikan nilai jualan semula model-model Hyundai kian meningkat dengan pertambahan permintaan ke atas kereta terpakai Hyundai sejak lima tahun lalu. 

Perkembangan di Malaysia itu nyata selari dengan perkongsian pasaran Hyundai yang kian meningkat di peringkat global, selain memenangi pelbagai anugerah. 

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menyatakan bahawa persepsi kereta Hyundai mempunyai nilai jualan yang rendah kini sudah tiada. Malah, pemilik kenderaan Hyundai kini boleh mendapat nilai jualan semula yang kompetitif seperti jenama Jepun. 

“Perbezaan harga jualan kereta Hyundai yang berusia lima tahun dengan model Jepun adalah sedikit. Penyusutan nilai untuk kedua-dua jenama selepas lima tahun juga sekitar 10 peratus setahun. Hyundai berusaha keras untuk membuktikan ia merupakan jenama yang menawarkan kualiti terbaik. 

“Kereta terbaharu juga dilengkapi inovasi terkini dan setaraf dengan jenama mewah dari Eropah. Sebab itulah permintaan terhadap kereta Hyundai terus ada,” katanya. 

Semua model terpakai Hyundai yang disenaraikan dalam program pra-milik Hyundai Promise sudah habis terjual. Hyundai Promise memastikan semua model terpakai Hyundai yan dijual hadir dengan alat ganti tulen dan tidak terlibat dalam kemalangan serius. 

Pemeriksaan ketat turut dijalankan oleh juruteknik berpengalaman bagi memastikan aspek elektrikal dan mekanikal kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum ia dijual. Semua kenderaan yang telah disahkan itu didatangkan dengan jaminan lanjutan di antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia dan jarak perjalanan kenderaan. 

Ada juga unit yang masih mempunyai pakej penyelenggaraan percuma. Pelanggan yang berminat untuk menjual, trade-in atau membeli kereta Hyundai daripada Hyundai Promise boleh melayari laman web www.simedarbyautoselection.com.my atau hubungi talian berikut: 

Sime Darby Auto Selection – 03-4065 2502

Jasmine Teh (Hyundai Ara Damansara) – 012-2887830

Karen Hong (Hyundai Old Klang Road) – 012-205 8598

Google ads
Back to top button