Artikel PilihanBuletin

NISSAN VERSA (ALMERA): TUTUP PINTU DAN AIRBAG TIBA-TIBA MELETUP

Beberapa kes telah disiasat oleh penggubal undang-undang di Amerika Syarikat apabila berlaku insiden beg udara meletup secara tidak sengaja. Dilaporkan kes ini masih dalam siasatan awal di mana ada pemilik kereta mengadu tentang beg udara sisi meletup dalam pelbagai situasi luar biasa.

Seperti yang dilaporkan oleh laman web Autonews, Pentadbiran Negara Lebuhraya Keselamatan Trafik (NHTSA) sedang menyiasat kes beg udara meletup tanpa sengaja yang membabitkan model Nissan Versa yang kita kenali di sini dengan nama Nissan Almera.

Salah seorang pemilik mendakwa beg udara sisi (curtain airbag) keretanya tiba-tiba meletup selepas beliau menutup pintu. NHTSA mendakwa berkemungkinan pintu ditutup dengan terlalu kuat. Mungkin dia mabuk atau dimarahi isterinya barangkali, pintu dihempas dengan kelajuan 300km/j kami rasa.

nissan versa

Kes ini melibatkan model Versa sedan keluaran tahun 2012 dan jika benar, ia merangkumi lebih 155,000 unit yang telahpun berada di pasaran. Sehingga setakat ini, Nissan Motor Amerika belum membuat sebarang notis panggil semula (recall) namun kenyataan rasmi akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Dalam kenyataan berasingan kepada Autonews, jurucakap Nissan memberitahu mereka komited terhadap keselamatan pelanggan mereka. Nissan telah menerima pertanyaan dari NHTSA tentang kes terbabit dan mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada badan tersebut. Nissan juga akan melakukan siasatan teknikal mereka sendiri.

 

 

 

Google ads
Back to top button