
NISSAN XTRAIL DENGAN E-POWER DIPAMERKAN DI KLIMS 2026
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Nissan hari ini membuka tirai fasa seterusnya mobiliti elektrifikasi di ASEAN menerusi penampilan serantau Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu di KLIMS 2026. Model ini disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat 2026, mengukuhkan komitmen Nissan untuk membawa teknologi elektrifikasi yang maju dan mudah diakses kepada pelanggan tempatan.
“Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Nissan di ASEAN hasil kehadiran jenama kami yang kukuh serta kerjasama yang berterusan dengan rakan tempatan. Pelancaran Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu ini merupakan satu langkah besar dalam memluaskan rangkaian kenderaan elektrifikasi kami sambil menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan di Malaysia,” kata Masao Tsutsumi, Presiden Nissan ASEAN dan Nissan Thailand.
Teras strategi elektrifikasi Nissan ialah teknologi e-POWER yang unik, menawarkan pengalaman pemanduan elektrik tanpa memerlukan pengecasan luaran. Ia berbeza daripada hibrid konvensional dimana roda kenderaan digerakkan 100% oleh motor elektrik, memberikan pecutan serta-merta, prestasi lancar dan operasi senyap, manakala enjin petrol pula bertindak sebagai penjana semata-mata untuk mengecas bateri.
Teknilogi e-Power kini diperkenalkan merentasi pelbagai segmen yang semakin berkembang, termasuk SUV kompak, MPV dan SUV bersaiz penuh. e-POWER mencerminkan visi Nissan untuk menjadikan mobiliti berelektrifikasi lebih praktikal, menyeronokkan dan mudah diakses bagi kegunaan harian.

Diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu menggabungkan sistem pacuan elektrik Nissan e-POWER yang canggih dengan teknologi kawalan semua roda e-4ORCE, memberikan prestasi yang dipertingkat, kestabilan lebih baik serta keyakinan pemanduan dalam pelbagai keadaan jalan.
“Malaysia merupakan salah satu pasaran utama dalam perkembangan elektrifikasi Nissan dan kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu akan dilancarkan di sini pada suku keempat 2026. Di ETCM, kami amat berbangga kerana Malaysia dipilih sebagai salah satu pasaran pelancaran strategik bagi SUV berelektrifikasi baharu ini di rantau ini,” kata Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.
“Pencapaian ini menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan kami selepas pengenalan Nissan KICKS e-POWER dan Nissan Serena e-POWER Serba Baharu. Ia turut mencerminkan keyakinan Nissan terhadap potensi Malaysia sebagai pasaran utama untuk memperkenalkan SUV elektrifikasi premium baharu kepada pelanggan tempatan,” tambah beliau.
e-4ORCE: Teknologi Kawalan Pacuan Semua Roda Elektrik Pintar NISSANNissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu memperkenalkan teknologi kawalan pacuan semua roda elektrifikasi tarmaju Nissan yang direka untuk memberikan tahap keyakinan, keselesaan dan ketepatan pemanduan yang lebih tinggi.

Beroperasi secara lancar bersama sistem e-POWER x e-4ORCE, teknologi ini menyediakan kawalan tork dan brek secara masa nyata pada keempat-empat roda secara individu, sekali gus mengoptimumkan cengkaman, kestabilan dan keselesaan pemanduan dalam pelbagai keadaan jalan raya dan cuaca.
Dengan menguruskan output motor hadapan dan belakang secara berasingan, e-4ORCE memastikan pengendalian yang lebih responsif, nyahpecutan yang lebih lancar serta pecutan yang lebih yakin walaupun di permukaan jalan yang mencabar.Berbeza dengan sistem pacuan semua roda (AWD) konvensional yang bergantung pada satu enjin untuk mengagihkan kuasa ke roda hadapan dan belakang melalui komponen mekanikal, kelewatan dalam penghantaran kuasa boleh menjejaskan tahap respons dan ketepatan pengendalian kenderaan secara keseluruhan.
Nissan e-4ORCE mengatasi kekangan ini dengan menggunakan dua motor elektrik yang mengawal tork hadapan dan belakang secara lebih tepat serta dengan tindak balas yang pantas. Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Baharu dipamerkan bersama-sama dengan MPV of the Year 2026, Nissan Serena e-POWER Serba Baharu yang dipasang secara tempatan di Malaysia, serta Nissan KICKS e-POWER.
Ini mengukuhkan lagi rangkaian model berelektrifikasi Nissan yang semakin berkembang di Malaysia.Kesemua model ini secara bersama menonjolkan strategi Nissan dalam menyediakan mobiliti elektrifikasi yang mudah diakses merentasi pelbagai segmen, bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai latar belakang yang dipacu oleh teknologi inovatif Nissan e-POWER yang menjadi identiti utama jenama ini.
Pengalaman Imersif “Nissan Crossing Ginza” Berinspirasikan Manga di KLIMS 2026 di Pameran Nissan KLIMS 2026 dihidupkan melalui konsep suasana ikonik jalan raya “Nissan Crossing Ginza” berinspirasikan daripada manga.
Konsep ini mengubah ruang pameran kepada satu pengalaman mendalam yang menggabungkan kreativiti Jepun dengan visi elektrifikasi jenama. Pameran ini mengajak pengunjung meneroka gabungan reka bentuk, budaya dan mobiliti canggih dalam satu persekitaran yang menarik serta format persembahan yang segar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari tapak web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.









