Motosikal

TERPANTAS BAGI KATEGORI 125CC: SUZUKI PERKENAL GSX-R125

Sejak awal tahun lepas kita tertunggu-tunggu cabaran yang akan diberikan oleh Suzuki dalam arena motosikal sportbike suku liter. Yamaha ada R25, Honda sudah perkenalkan CBR 250RR dan Kawasaki Ninja siap sedia dengan  Ninja 250.

Setelah beberapa unit ujian terpapar di alam maya, ramai menjangkakan Suzuki akan memperkenalkan GSX-R250 mereka dalam pameran Intermot (atau EICMA bulan depan). Namun telahan itu salah. Suzuki belum bersedia dengan Gixxer 250 sebaliknya perkenalkan GSX-R 125R, Gixxer terkecil berkapasiti 125cc

Suzuki GSX-R125 (1)

Aprilia telah mendedahkan rupa R125 yang menyerupai RSV1000. Suzuki pula hadir dengan tema King Gixxer 1000cc untuk R125, sekurang-kurang dari segi livery, tema warna biru, dan gugusan lampu utama LED. Apa yang lebih menarik, Suzuki mendakwa telah mencipta mesin 125CC paling pantas dalam kategorinya.

Ia dikuasakan oleh enjin 1 selinder DOHC 4 injap  sejukan cecair berkapasiti 124.4cc, 15PS pada 6200RPM dan tork 16Nm pada 3200rpm.  Dalam satu kenyataannya Suzuki memberitahu, apa yang menjadikan motosikal ini pantas ialah keseimbangan yang dicapai menerusi nisbah kuasa kepada berat dan nisbah tork kepada berat keseluruhan motosikal.

Suzuki GSX-R125 (4)

Walaupun kategori supersport bajet, ia menampilkan sistem brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard. Ia turut didatangkan dengan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan paparan instrumentasi LCD penuh.

Warna pilihan untuk model 2017 ini didatangkan dengan 3 pilihan. Metallic Triton Blue, Solid Black dan Brilliant White. Ya, yang putih tu nampak pelik sikit kan?

 

Suzuki GSX-R125 (9)Suzuki GSX-R125 (8) Suzuki GSX-R125 (7) Suzuki GSX-R125 (6)

Suzuki GSX-R125 (5) Suzuki GSX-R125 (4) Suzuki GSX-R125 (3) Suzuki GSX-R125 (2)

Google ads
Back to top button