Buletin

NISSAN BLADEGLIDER

Nissan BladeGlider dilihat sebagai bukan sekadar hala tuju masa depan pembangunan jentera elektrik Nissan. Malah ia merupakan prototaip kepada kenderaan produksi pada masa depan. 

bladeglider_02

BladeGlider dibangunkan dengan bentuk dan kefungsian. Nissan menyatakan bahawa seni bina unik jentera tersebut mampu memberikan pemandu dan penumpangnya keseronokan seperti menggelongsor yang berterusan.

Penghasilan BladeGlider diketuai oleh Pengurus Besar Strategi Produk dan Perancangan Produk Nissan, Francois Bancon. “Matlamatnya adalah untuk merevolusikan seni bina sesebuah kenderaan dan membangkitkan emosi dan nilai yang baru,” kata Bancon.

bladeglider_15

Jika dilihat dari aspek kejuruteraan, pembangunan BladeGlider memberi fokus kepada aspek aerodinamik iaitu mencapai kadar seretan yang rendah. Pada masa sama menghasilkan kuasa yang membuatkannya ‘melekat’ di atas jalan.

Kereta ini bakal berkongsi kejuruteraan Nissan LEAF dan Nissan ZEOD RC (Zero Emission On Demand Racing Car) yang membuat penampilan pada perlumbaan Le Mans 24 Hour tahun depan.

bladeglider_12

Ketika BladeGlider menjadi sebuah kereta poduksi, Nissan mungkin menggunakan teknologi motor pada roda buat pertama kalinya. Motor tersebut menawarkan kuasa seperti pacuan roda belakang, selain pengurusan motor yang bebas. Ia juga menyumbang kepada pakej ruang yang efisien. 

Motor-motor elektrik itu dikuasakan oleh teknologi bateri lithium-ion yang kini digunakan pada Nissan LEAF. Modul-modul bateri diletakkan di bahagian bawah belakang kereta untuk meningkatkan kestabilan dan pengendalian.

bladeglider_28

Ruang kokpit berbentuk tiga segi itu boleh menempatkan tiga orang dengan pemandu duduk di tengah-tengah. Sterengnya mengambil inspirasi pesawat, di samping teknologi instrumen yang canggih. Bagi menyokong kecekappan EV itu, sistem IT kenderaan memaparkan peta dan kondisi cuaca sekelilingnya.

“Saya fikir, keterujaan memandu jentera lumba patut dikongsi bersama dengan pamandu kereta biasa. Elemen trek ini boleh diaplikasi bagi menjadikan kenderaan pada masa depan lebih mengujakan,” kata Pengarah Inovasi Sukan Bermotor Nissan, Ben Bowlby.

[hr] Galeri 

bladeglider_13bladeglider_14bladeglider_16bladeglider_17bladeglider_19bladeglider_20bladeglider_29

Google ads
Back to top button