Pandu Uji

SUZUKI SWIFT RR EDISI TERHAD

Apabila Suzuki Swift generasi kedua  memasuki pasaran Malaysia pada Mei 2005, ia pantas mendapat sambutan hangat oleh pengguna yang mahukan sebuah model hatchback kompak dengan kualiti pengendalian mengagumkan.  

P1090045

Berikutan popularitinya, DRB-Hicom mengambil keputusan untuk memasang Swift di kilangnya di Pekan pada awal tahun 2007. Dengan harga yang lebih murah berbanding model CBU, Swift terus menjadi produk penting buat pengedar kenderaan jenama Suzuki di Malaysia, Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA).

Bagi memastikan  orang ramai tidak melupakan jentera tersebut, Swift juga telah mengalami proses penambahbaikan beberapa kali. Pada awal tahun ini, SMA menampilkan Swift generasi ketiga yang memiliki sesaran enjin lebih kecil (1.4 liter), tetapi mampu menawarkan lebih kuasa dan penjimatan.

03

Mahu kembali menarik minat pengguna terhadap Swift, SMA baru-baru ini memperkenalkan pula Swift RR Edisi Terhad. Pengenalan itu dibuat sempena penganjuran acara konvoi bersama pelanggan setia Suzuki menuju ke Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Melibatkan lebih 30 unit Swift, acara tersebut dikenali sebagai “Rock the Road 2013”.

Ini merupakan acara konvoi pertama dianjurkan oleh SMA sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diterimanya selama ini. “Kami harap acara ini akan menjadi agenda tahun SMA,” kata PengarahUrusan SMA, Keiichi Suzuki.

P1090094

Kembali kepada varian Swift RR. Model itu kini hadir dengan gayaan dan grafik baharu agar tampil lebih sporty. Swift RR dipasang dengan bodykit yang terdiri daripada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta spoiler belakang. Ia juga ditampal dengan pelekat, emblem Swift RR, selain satu set roda aloi istimewa.

Terkenal dengan karekter pemanduan yang lincah, hatchback ini tetap dijana oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter. Mampu menawarkan kuasa mencecah 95PS @ 6,000rpm dan tork puncak 130Nm @ 4,000rpm, memandu Swift memang mengujakan.  

slider luar

Swift edisi terhad ini juga didatangkan dengan unit audio dengan skrin sentuh, lengkap bersama sistem navigasi dan kamera undur. Hanya 200 unit Swift RR ditawarkan, jualannya dijangka bermula pada pertengahan bulan ini. Dianggarkan berharga bawah RM70,000 seunit, Swift RR diposisikan di antara varian Swift asas GL dan versi spesifikasi penuh, GLX.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button