Buletin

NISSAN BUKA PUSAT 3S DI MIRI

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini membuka pintu pusat 3S yang ke 21 di Miri, Sarawak.

pusat-3s-nissan-Miri-mekanika (4)

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 juta, pusat 3S Nissan serba baharu itu menjadi pusat sehenti yang menawarkan pengalaman baru. Selain itu, lebih memudahkan pelanggan untuk memandu uji dan membeli model baharu Nissan. Tidak ketinggalan melakukan penyelenggaraan dan mendapatkan alat ganti di bawah satu bumbung.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, berpegang terhadap falsafah untuk menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, serta pengalaman pemilikan kenderaan Nissan yang lengkap di Miri, ETCM berbangga kerana dapat melabur di bandar yang berkembang pesat itu.

pusat-3s-nissan-Miri-mekanika (1)

“Ini demi memastikan Nissan mudah diakses oleh para pelanggan di Miri,” katanya.

Berkeluasan 18,648 kaki persegi, bilik pameran berkenaan mampu menempatkan enam kenderaan pada satu-satu masa. Manakala lima ruang servis berkeupayaan melakukan kerja penyelenggaraan 30 buah kenderaan sehari.

pusat-3s-nissan-Miri-mekanika (2)

Kemudahan itu turut dilengkapi sebuah lounge dan bar minuman, bersama sambungan WiFi.

ETCM menempatkan 20 orang kakitangan jualan professional bertauliah dan enam orang juruteknik terlatih di pusat berkenaan bagi perkhidmatan lebih efektif.

pusat-3s-nissan-Miri-mekanika (3)

Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian 100 buah bilik pameran yang ekstensif melibatkan pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button