Artikel PilihanBuletin

NISSAN DEDAH GT-R NISMO DI NÜRBURGRING

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Nissan GT-R NISMO melakukan debut di litar lumba terkenal Nürburgring, Jerman baru-baru ini.2017-Nissan-GT-R-NISMO-mekanika (2)

Sama seperti model GT-R Premium, bahagian hadapan GT-R NISMO menerima fascia hadapan yang agresif. Untuk membantu menyejukkan enjin, gril V-Motion berwarna krom gelap kini lebih besar, tanpa mengorbankan aspek aerodinamiknya.

Berbeza dengan model standard, bampar hadapan GT-R NISMO menampilkan lapisan gentian karbon untuk meningkatkan lagi ketegarannya. Ia juga direka untuk menambah baik aliran udara ke bahagian roda.

2017-Nissan-GT-R-NISMO-mekanika (3)

Secara keseluruhannya, rekaan baharu kereta ini memberikan downforce lebih baik berbanding mana-mana kereta keluaran Nissan setakat ini. Maknanya, ia menawarkan kestabilan luar biasa ketika dipandu pada kelajuan tinggi.

Ruang kabin jentera ini menyerlahkan kemewahan. Papan pemuka telah direka semula dan stereng dibalut dengan suede Alcantara® berkualiti tinggi. Tempat duduknya pula ialah Recaro dengan kemasan kulit suede berwarna merah.

2017-Nissan-GT-R-NISMO-mekanika (8)

Paparan tengah kini lebih ringkas menerusi butang kawalan navigasi dan audio bersepadu. Jumlah suis telah dikurangkan daripada 27 kepada hanya 11 sekarang.

Prestasi GT-R NISMO datang daripada unit enjin VR38DETT V6 bersesaran 3.8 liter. Berkuasa 600hp, ia dipadankandengan kotak gear klac berkembar enam kelajuan.

2017-Nissan-GT-R-NISMO-mekanika (4)

Kemantapan pengendalian jentera ini dipertingkatkan dengan sistem pacuan empat roda yang telah ditambah baik. Ia juga menggunakan sistem suspensi boleh laras Bilstein® DampTronic.

Nissan GT-R NISMO akan ditawarkan dalam empat warna. Jentera itu dibina di  Tochigi. Sementara enjinnya dihasil menggunakan tangan di Yokohama, Jepun.

Tags
Google ads
Back to top button
Close